Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
29 Mar 2024 - 18 Ramadhan 1445 Zuhur 13:11 Asar 16:15
29 Mar 2024 - 18 Ramadhan 1445 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:06 | Zuhur 13:11 | Asar 16:15 | Maghrib 19:14 | Ishak 20:22
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 1621

KURSUS 3 BULAN KAEDAH MEMAHAMI KATA NAMA DALAM ALQURAN (MODUL 1) di Madrasah AlFahmi - tinggal 4 tempat kosong

[Event has ended]
Wed, 3 April 2019, 8:00 PM - 10:00 PM | Malay
Tristar Complex
AlFahmi Services
Habib Syed Nasir Alsagoff

Fees: $240/3 bulan, $50 Yuran pendaftaran, $28 untuk buku dan sijil

Assalamualaikum wbt..

Berita gembira kepada anda yang ingin memulakan pelajaran dalam memahami Al-Quran. Konsep yang digunapakai adalah untuk memudahkan pembacaan dan kefahaman dalam mengenali maksud di dalam Al-Quran. Kaedah Anda Baca Anda Faham Modul 1 adalah merupakan modul asas permulaan kefahaman dalam memahami kata nama di dalam Al-Quran. 

Program ini hanya mengambil masa 3 bulan sahaja, berserta Sijil Penyertaan disediakan.

KEWAJIPAN MEMAHAMI ALQURAN

  • Memahami Al-Quran adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun dengan hanya membacanya kita diberikan pahala. Tetapi, tidaklah boleh kita berhenti setakat disitu sahaja. Seharusnya kita sebagai penganut agama Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai landasan utama kehidupan kita dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW, seharusnya memahami isi kandungannya menggunakan kaedah apa pun. 
  • Firman Allah dalam Surah Yusuf , ayat 2: yang bermaksud:-\\\\" Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. \\\\"-
  • Ayat ini menjelaskan peri pentingnya memahami Al-Quran. Allah membekalkan manusia dengan akal yang waras agar dapat menggunakannya untuk memahami Al-Quran.
  • Fungsi akal bukan sekadar digunakan untuk mencari pendapatan di dunia ini sahaja. Ia lebih dari itu termasuk menemukan kaedah untuk memahami Al-Quran melalui pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah dengan mempelajari bahasa Arab dan bahasa Al-Quran. 
  • Perbahasan dalam pembelajaran memahami kaedah kata nama merupakan pembahasan langsung dari kitab induknya iaitu Al-Quran. 
  • Disebabkan itu, pengasas Alfahmi Services mengambil iktibar dalam kefahaman yang diperolehi beliau yang dianugerahkan untuk mengeluarkan serta mengajarkan ilmu memahami Al-Quran ini secara berperingkat kepada Ummah. Supaya apabila kita membacaNya kita akan lebih fokus dan memahami isi kandungannya. 
  • Tenaga pengajar merupakan Lulusan dari Universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir dan mempunyai pengalaman dalam mengajarkan Ilmu ini lebih dari 15 tahun. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 6909 7311 / 8157 8385 /8795 6970 .

PENDAFTARAN DIBUKA. 

Yuran : $240 (untuk 3 bulan bayaran bermakna $80 sebulan)

Yuran pendaftaran :$50 (pelajar baru)

Buku : $28

Tarikh : 3 April 2019 (Rabu)

Masa : 8pm-10pm

Lokasi : 970 Geylang rd, tristar complex, #02-03 room 7

Tempat terhad : 45 orang sahaja


Details

Terma dan Syarat:

  1. Mestilah berusia 18 tahun ke atas. (tiada had umur untuk yang berusia).
  2. Wang pendaftaran anda tidak akan dikembalikan selepas proses pembayaran dilaksanakan. 
  3. Nota akan disediakan dan yuran pendaftaran hanya sekali seumur hidup.
  4. Diajarkan oleh Asatizah yang mempunyai ARS dan bertauliah.
  5. Lokasi - 10-15 minit berjalan kaki dari MRT Paya Lebar, perkhidmatan bas berhampiran, bersebelahan dengan Joo Chiat Complex, berdekatan dengan Alwadi restoran (Halal), terdapat ruangan untuk solat. 
Yuran : $240 (untuk 3 bulan bayaran bermakna $80 sebulan)
Yuran pendaftaran :$50 (pelajar baru)
Buku : $28
Tarikh : 3 April 2019 (Rabu)
Masa : 8pm-10pm
Lokasi : 970 Geylang rd, tristar complex, #02-03 room 7
Tempat terhad : 45 orang sahaja

Location

Tristar Complex

970 Geylang Rd #01-03B Tristar Complex, 423492

Organisers

AlFahmi Services

Speakers

Habib Syed Nasir Alsagoff

Comments



Our platforms