Program iQIYAM@Masjid Al Abdul Razak
Program iQIYAM di Masjid Al Abdul Razak adalah sebuah program bulanan anjuran Masjid yang menggalakkan para Jemaah untuk meningkatkan lagi amalan-amalan sunat seperti Solat Qiyam, Zikir Munajat, Zikir Al Mathurat dan Mendengar Ceramah. Program pada bulan November ini akan mengundang seorang Penceramah dari Malaysia iaitu Ustaz Badli Shah Alauddin untuk menyampaikan Ceramah Subuh. Para Jemaah juga akan dijamu dengan juadah sarapan pagi selepas Ceramah Subuh. Ini adalah yang kali kedua diadakan di Masjid Al Abdul Razak.Para Jemaah diundang bersama Keluarga dan teman-teman untuk menyinarkan lagi suasana hening pagi dengan Ibadah-Ibadah Sunat.
Details
Sila hubungi talian 6846 8404 untuk keterangan lanjut.
Comments