Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
29 Mar 2024 - 18 Ramadhan 1445 Syuruk 7:06 Zuhur 13:11
29 Mar 2024 - 18 Ramadhan 1445 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:06 | Zuhur 13:11 | Asar 16:15 | Maghrib 19:14 | Ishak 20:22
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 5561

Ayat² Cinta : Cinta Agung kepada Rasulullah

[Event has ended]
Fri, 18 February 2011, Selepas solat maghrib. | Malay
Masjid Jamek Queenstown
LPM Jamek Queenstown

selawat badriyyah

Telah diriwayatkan bahawa Rasulullãh sollallãhu ‘alaihi wassallam bersabda, “Tidak duduk (yakni hadhir) sesuatu kaum dalam sebuah majlis kemudian mereka berpisah atau bersurai tanpa berselawat ke atasku melainkan perpisahan mereka itu atas bau busuk seperti bau bangkai himar." Hadith riwayat Imam Ahmad, dihukumkan sahih oleh al-Imãm Suyũţĩ di dalam kitab al-Jamĩ' as-Saghĩr.

Apabila sesuatu majlis di mana para hadhirin yang menghadhirinya tidak berselawat ke atas Rasulullãh sollallãhu ‘alaihi wassallam di dalamnya, akan menyebabkan mereka berpisah atau bersurai atas bau busuk seperti bau bangkai himar (keldai), maka tidaklah menghairankan jika majlis yang di dalamnya diucapkan ucapan-ucapan selawat ke atas Rasulullãh sollallãhu ‘alaihi wassallam akan menyebabkan para hadhirin yang menghadhirinya mendapat bau wangi yang paling harum dan paling baik.

Dan yang sedemikian itu adalah kerana Rasulullãh sollallãhu ‘alaihi wassallam adalah makhluk yang terbaik dan yang paling suci, yang mana apabila baginda bersabda dalam sesuatu majlis, nescaya penuhlah majlis tersebut dengan bau harum mewangi semerbak kasturi.

Details

Aturacara diserikan dengan bacaan Maulid Di'baie, Selawat Badriyyah & ceramah ringkas oleh Ust Muhammad Mazdiuky bin Md Ishak & Ust Yazid bin Yunos.

Muslimin & muslimat, semuanya dipersilakan hadhir.

Organisers

LPM Jamek Queenstown

Comments



Our platforms