Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
28 Mar 2024 - 17 Ramadhan 1445 Asar 16:14 Maghrib 19:15
28 Mar 2024 - 17 Ramadhan 1445 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:06 | Zuhur 13:11 | Asar 16:14 | Maghrib 19:15 | Ishak 20:22
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Follow Updates
Profile

Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman

Mendapat Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Yarmouk, Jordan dan Ijazah Doktor Falsafah dari University of Wales, UK. Beliau juga mendapat Ijazah Ilmiah daripada Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Kini beliau merupakan penolong profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pengkhususan Fiqh dan Usul Fiqh, Muamalat Islam.

Selain daripada itu, beliau merupakan penasihat dan ahli majlis mesyuarat kepada beberapa institusi kewangan terkemuka selain merupakan Ahli Majlis Kajian Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dalam masa yang sama beliau juga adalah seorang penulis yang prolifik yang mana buku-buku diterbitkan oleh Karangkraft, Telaga Biru, PTS Media Pro.
Beliau juga banyak menulis di media-media massa dan sekarang ini masih merupakan kolumnis Majalah Solusi, Fardu Ain, Majalah i dan lain-lain. Beliau juga sering menjadi jemputan bagi membincangkan isu-isu semasa dan berkaitan Muamalat dalam TV9, TV AlHijrah, TV3 dan lain-lain.
Kepakaran: Fiqh Muamalat, Perbankan & Kewangan Islam, Fiqh Solat, Fiqh Pentadbiran & Pengurusan (Siyasah), Motivasi Diri, Fiqh Semasa, Maqasid Syari’ah dan Usul Fiqh.

> http://kfiqh.com/latar/portfolio/115-zaharuddin.html

Other Speakers to Follow

Our platforms