Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 Syuruk 6:58 Zuhur 13:04
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 679

Turath: Warisan Keagamaan Keilmuan Islam di Alam Melayu

[Event has ended]
Sat, 18 March 2023, 2:00 PM - 4:00 PM | Malay

Fees: Percuma.

Masjid Sultan telah dibina pada awal abad ke-19 atau pada tahun 1824. Pada masa yang sama, kawasan Masjid Sultan dan Kampong Gelam, kawasan di mana letaknya Istana Kampong Gelam dan Gedung Kuning, menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pusat percetakan utama di Alam Melayu.

Pelbagai genre penerbitan telah dihasilkan seperti Kitab, Hikayat dan Syair. Perbentangan ini menyingkap dan menganalisa kitab-kitab Turath yang dihasilkan pada era tersebut. Apakah tajuk yang dijadikan perbincangan utama dan bagaimanakah corak pemikiran para cendikiawan yang terlibat dalam penghasilan karya-karya ini yang bersesuaian dengan perkembangan zaman dan teknologi.

Karya-karya ini diangkat semula bersempena dengan sambutan ke-200 tahun Masjid Sultan. Sesi perbentangan Asatizah Berwarisan ini merupakan sebahagian daripada Siri Sembang Ilmu Yayasan Warisan Melayu (MHF), yang bertujuan berkongsi warisan kita dan menggalak budaya pemikiran di kalangan masyarakat.


Panelis
- Ustazah Liyana Rosli Asmara
- Ustaz Dr Mohamed Qusairy Bin Thaha
- Ustaz Alfian Yasrif Kuchit

Moderator:
- Dr Azhar Ibrahim

Biodata Panelis
--------------

Ustazah Liyana Rosli Asmara adalah ketua wanita pertama di Pusat Harmoni, sebuah hab yang merupakan satu mercu tanda keupayaan Muis dalam usaha membina persefahaman yang lebih mendalam antara agama di Singapura. Berbekalkan pengkhususan dalam Perbandingan Agama dan Komunikasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), minat pengajian beliau adalah mengenai Islam dan hubungan antara agama di Asia Tenggara. Ustazah Liyana telah berkecimpung dalam penglibatan antara agama sejak 2008. Beliau juga melibatkan dirinya dalam pembangunan masyarakat menyandang jawatan sebagai Naib Pengerusi Masjid An-Nahdhah dan ahli jawatankuasa M³@Jalan Besar. Pada masa lapangnya, sebagai Pengantara Bersekutu, Ustazah Liyana memainkan peranan sebagai pengantara pertikaian masyarakat. Beliau juga merupakan ahli kumpulan kerja “Racial and Religious Harmony Circle”, yang diterajui oleh MCCY. Ustazah Liyana gemar membaca, mengembara dan meneroka alam semula jadi.



Dr Mohamed Qusairy mempunyai PhD dalam peradaban Islam dan kini berkhidmat sebagai Pengurus Besar Masjid Sultan. Beliau pernah menjadi CEO Persatuan Ulama Islam Singapura (PERGAS) dan menjadi Ketua Darul Quran Singapura selama lebih satu dekad. Minat penyelidikannya termasuk sejarah manuskrip al-Quran, perkembangan tafsiran al-Quran di Singapura, serta pemikiran ulama tempatan dalam konteks sosio-agama.


Ustaz Alfian Yasrif Kuchit adalah seorang calon PhD, Fakulti Undang-undang di Universiti Nasional Singapura. Penulisan dan kajian beliau memberi tumpuan kepada bidang sejarah serta falsafah perundangan Islam di Singapura dan keterkaitannya dengan perundangan adat dan sivil. Hasil kajiannya pernah dibentangkan di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan Mahkamah Keadilan Keluarga (FJC). Makalah-makalahnya pula pernah diterbitkan di Berita Harian dan World Scientific. Ustaz Alfian mendapat ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selanjutnya, beliau diberi anugerah Fulbright yang membolehkannya untuk ke Amerika Syarikat dan meraih ijazah sarjana Undang-undang dari Universiti Columbia, New York. Dalam kerjayanya, Ustaz Alfian mempunyai pengalaman bertugas di kementerian, agensi pemerintah serta badan berkanun. 




Details

Semua dipersilakan hadir


Turath: Warisan Keagamaan Keilmuan Islam di Alam Melayu

Tarikh: Sabtu, 18 Mac 2023
Masa: 2ptg - 4ptg
Tempat: Auditorium Masjid Sultan

Sila daftar untuk hadir ke sesi ini 

Location

Sultan Mosque

3 Muscat Street, Singapore 198833

Comments



Our platforms