Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 Ishak 20:19 Subuh 5:39
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 753

Talaqqi Musyafahah Qira'at 10

[Event has ended]
Mon, 28 February 2022, 9:00 AM - 10:00 PM | Malay_English

Fees: $50/jam

PROGRAM TALAQQI MUSYAFAHAH


QIRA'AT 10 MELALUI THORIQ ASY-SYATHIBIYYAH & AD-DURRAH


PENGAMBILAN IJAZAH & SANAD AL-QUR'AN BERSAMBUNG KEPADA RASULULLAH ﷺ



Dari sudut bahasa, kalimah “Talaqqi” bermaksud pertemuan manakala “Musyafahah” adalah daripada mulut ke mulut.



Secara istilah, Talaqqi Musyafahah bermaksud mempelajari Al-Quran melalui pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di mana murid mengambil bacaan Al-Qur'an dari gurunya dengan melihat kepada pergerakan bibir guru dan mengikut bacaannya dan guru mendengar bacaan muridnya dan membetulkan kesalahan-kesalahan mereka.



Dengan kata lain, istilah yang digunakan pada masa kini iaitu mempelajari Al-Qur'an secara face to face bersama seorang guru yang mahir.



Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Qur'an yang bersesuaian dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ ketika mengambil bacaan Al-Qur'an daripada malaikat Jibril a.s.

Details



SYARAT KEMASUKAN



Peserta boleh membaca Qur'an dengan lancar, bertajwid dan lulus ujian saringan.

Peserta boleh memilih untuk membaca secara Ifrad ataupun Jama' (Riwayat/Qira'at) bersesuaian dengan kemampuan perserta dan juga penilaian guru.




PEMBIMBING


Ustaz Muhammad Farhan Yaacob (ARS-Certified), pemegang Ijazah & Sanad Al-Qur'an




YURAN


$50/jam (Qira'at Imam 'Asim)

$60/jam (Qira'at selainnya)

$50 (pendaftaran dan juga termasuk kos sijil)




SIJIL KHATAM & IJAZAH AL-QUR'AN


Setiap peserta yang menghabiskan bacaan 30 Juz' akan menerima sijil khatam Al-Qur'an.

Ijazah dan Sanad Al-Qur'an beserta Syajarah akan dianugerahkan hanya kepada peserta yang layak.




DAFTAR


Sila isikan borang pendaftaran dengan menekan link ini: https://tinyurl.com/TMQ-FY




Sila hubungi 94554824 untuk pertanyaan lanjut.



Comments



Our platforms