Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 Zuhur 13:04 Asar 16:22
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 716
Broadcasting live on 11 December 2021

Majlis Khataman Al-Quran 2021

[Event has ended]
Sat, 11 December 2021, 3:00 PM - 6:00 PM | Malay
Mujahidin Mosque

Fees: $0.00 for free ticket ticket

Masjid Mujahidin ingin menjemput anda untuk menyokong Majlis Khataman Al-Quran yang akan diadakan pada hari Sabtu, 11 Disember 2021 pada jam 3 petang. Marilah kita sama-sama mencari keberkatan dan barakah dengan berinfaq untuk Majlis Khataman Al-Quran Masjid Mujahidin. Acara ini boleh ditonton secara langsung di lelaman Facebook Masjid Mujahidin.

https://fb.me/e/1Wj59MIR6

Para pelajar Tahfiz Sekolah Ugama Radin Mas akan mengkhatamkan Al-Quran dan insyaAllah pahala bacaan akan dihadiahkan kepada para penderma.

Majlis Khataman ini adalah salah satu inisiatif oleh Lembaga Pentadbir Masjid Mujahidin dalam usaha mengumpul dana bagi menampung kos operasi, penyelenggaraan, bil dan utility masjid sepanjang musim penularan pandemik Covid 19.

Kami juga ada menyediakan program-program seperti Tazkirah, Kelas Al-Quran, Madrasah, Tadika, Program Pembangunan Sosial untuk keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan dan Kelas Fardu Ain untuk pembantu-pembantu rumah Singapura serta program-program online di lelaman Facebook Masjid Mujahidin.

Details

Sila isikan nama-nama Almarhum di form berikut sebelum 9 Disember 2021 supaya pihak administrasi boleh mengumpulkan semua nama-nama untuk dipaparkan secara langsung pada hari tersebut. 

https://forms.gle/hBbMS4WvcEEeJo7b8

InsyaAllah semasa Majlis Khataman berlangsung, pihak masjid akan memaparkan nama-nama Almarhum dan juga nama-nama penderma.  

Location

Mujahidin Mosque

590 Stirling Road, Singapore 148952

Comments



Our platforms