Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
19 Apr 2024 - 10 Syawal 1445 Ishak 20:19 Subuh 5:41
19 Apr 2024 - 10 Syawal 1445 | Subuh 5:41 | Syuruk 7:00 | Zuhur 13:05 | Asar 16:21 | Maghrib 19:09 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 1081

Jom Tegakkan Tiang Agama - Kursus Solat Khas Wanita (Zoom)

[Event has ended]
Tue, 21 September 2021, 9:00 PM - 10:00 PM | Malay
Al-Busyro Learning Development

Fees: $70 (Full Course fees), $10 (Registration fees)

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.”

Dalam satu lagi ayat, Allah SWT menegaskan yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.” (Surah Al-A'la, ayat 14-15)


SOLAT adalah ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya.

Apabila meninggalkan solat, ia umpama seseorang itu tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna. Terdapat tidak kurang 100 ayat dalam al-Quran membicarakan mengenai solat.


Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:


Sesungguhnya perkara yang pertama sekali akan dihisab terhadap seorang hamba daripada amalannya pada hari kiamat ialah sembahyang fardhunya. Jika baik cara mengerjakan sembahyangnya, maka dia telah berjaya dan mendapat pahala, dan jika rosak sembahyangnya, maka dia mendapat kerugian dan kebinasaan".


Maka begitulah pentingnya kita wajib belajar mendirikan solat dengan betul dan baik,

Details

Memandangkan kelas ini lebih fokus kepada amalan sebagai seorang wanita, isu-isu fiqh wanita dalam solat dan bab bersuci akan turut dikongsi.

Bab-bab wajib dalam hal solat seperti:

  • Pengenalan Tentang Solat
  • Apa Maksud Solat?
  • Cara Solat (Langkah Demi Langkah Asas)
  • Kenapa Kita Perlu Solat?
  • Syarat Wajib Solat
  • Syarat Sah Solat
  • Panduan Mengerjakan Solat Fardu Lima Waktu
  • Solat Fardu Zohor
  • Solat Fardu Asar
  • Solat Fardu Maghrib
  • Solat Fardu Isyak
  • Solat Fardu Subuh
  • Panduan Solat Berjemaah


    Ustazah Wannadwah juga akan bincangkan tentang isu-isu mengenai:

    - Solat dalam perjalanan
    - Solat dalam keadaan sakit
    - Solat dalam keadaan darurat (Seperti tiada air untuk berwudhu)
    - Solat dalam keadaan bermusafir(Di luar negeri)

    Dan berbagai lagi!..




Tarikh permulaan: 21/09/2021 (Setiap Selasa selama 2 bulan)
Waktu: 9-10pm
Fees: $70 (Full Course fees), $10 (Registration fees)
Nota: Akan diberikan secara pecuma
Zoom meetings

Sembarang pertanyaan boleh email kami di [email protected]. Kami akan jawab setiap soalan secepat mungkin. InsyaAllah.

Organisers

Al-Busyro Learning Development

Comments



Our platforms