Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
25 Oct 2021 - 18 RabiulAwwal 1443 Syuruk 6:47 Zuhur 12:50
25 Oct 2021 - 18 RabiulAwwal 1443 | Subuh 5:28 | Syuruk 6:47 | Zuhur 12:50 | Asar 16:08 | Maghrib 18:51 | Ishak 20:02
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 167

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH (Home Base – belajar bersama Keluarga di rumah anda)

Tue, 30 November 2021, 10:00 AM - 10:00 PM | Malay_English

Fees: $450

Salaam Semua,

 

Ketahuilah bahawasanya menguruskan jenazah hukumnya adalah Fardhu Kifayah!

 

Tetapi kepada mereka yang menguruskan jenazah, ALLAH SWT menjanjikan ganjaran yang begitu hebat.

 

Apakah fadilat kepada orang yang menguruskan jenazah?

 

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tabrani, Rasulullah SAW bersabda:

 

"Sesiapa yang memandikan jenazah, lalu dia sembunyikan keaiban pada jenazah itu, maka diampunkan untuknya 70 dosa besar."

 

Selain itu, sesiapa yang mengafankan jenazah, ALLAH SWT akan memakaikan untuknya pakaian daripada syurga.

 

Besar sungguh ganjarannya! Terlebih lagi jikalau urusan ini khusus buat keluarga tercinta kita. Tidak kah ingin kita semua berbakti buat Keluarga kita, khusus Ibu dan Bapa?

 

Ayuh ikuti Program kami;

 

'KURSUS PENGURUSAN JENAZAH"

(Home Base – belajar bersama Keluarga di rumah anda)

 

Harga Kursus Home Base @ $450 (Kursus 4jam di rumah anda)

 

 

Objektif

 

·      Mendedahkan kepada peserta tentang pentingnya ilmu fardhu kifayah

·      Menambahkan ilmu pengetahuan peserta

·      Agar lebih bersedia dalam memberi khidmat terakhir kepada waris atau umat islam sejurus kematian ahli keluarga

 

Matlamat Kursus

 

·      Persedian sebelum datangnya kematian.

·      Menguruskan ahli keluarga sendiri.

Details

Kursus ini akan di adakan di waktu dan tempat yg anda pilih. 

Boleh dilakukan di rumah anda dan diwaktu yang sesuai pada ahli keluarga anda. 

Sila hubungi kami untuk bincang dengan admin kami tentang hari dan waktu yang sesuai.





Jika anda berminat, sila hubungi kami di talian ini:

Office: 6871 8799     Mobile: 90610754 




Organisers

Pengurusan Jenazah Sinaran Baharu (PJSB)

PJSB mula ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai sebuah syarikat pengurusan jenazah, berkhidmat mengurus...

Comments



Our platforms