Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
20 Apr 2024 - 11 Syawal 1445 Ishak 20:19 Subuh 5:41
20 Apr 2024 - 11 Syawal 1445 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:59 | Zuhur 13:05 | Asar 16:21 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 907

Jom Belajar Baca AlQuran - Kursus Bacaan Al-Quran Dari Asas

[Event has ended]
Wed, 11 August 2021, 8:00 PM - 9:30 PM | Malay
Al-Busyro Learning Development

Fees: $45(Monthly Fees - Normal), $15(One time registration fees)

Siapakah orang yang paling rugi dalam dunia dan akan dibangkitkan di akhirat dalam keadaan buta? - merekalah orang yang enggan membaca dan memperbaiki bacaan Al-quran.

"Barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu (Alquran), maka baginya rezeki yang sempit. Dan di hari kiamat dia akan didatangkan dalam keadaan buta" QS Thaha: 124.

Tapi bukan itu sahaja yang kita patut fikirkan, ada juga kebaikkan yang banyak untuk motivasi kita membaca dan memperbaiki bacaan Al-Quran seperti:

  • Seorang muslim yang membaca Al Quran akan dibalas oleh Allah SWT berupa satu kebaikan. Dan dari satu kebaikan tersebut akan dilipat ganda menjadi 10 kebaikan.
  • Kebaikan yang didapatkannya akan menghapus kesalahan yang telah dilakukan.
  • Mereka yang membacanya juga akan mendapatkan syafaat kelak di hari kiamat.

Syarat membaca Al-Quran tidak harus lancar dahulu untuk mendapatkan ganjaran pahala. Meskipun merangkak, kita tetap akan mendapat pahala sebanyak 2 pahala setiap kali kita menyebut satu huruf.

Tapi kalau kita usaha dengan gigih, maka lebihlah ganjarannya untuk mereka yang usaha!

Yok, kita belajar membaca Al-Quran, kita betulkan lagi tajwid kita dengan berguru.


Bayangkan:

✨Anda dapat membaca Al-Quran dengan fasih dan tajwid yang betul

✨Anda pon dapat belajar cara mengajar ajar anak-anak kita, cucu kita untuk belajar ngaji juga tanpa perlu hantar mereka ke kelas ngaji

Details

InsyaAllah anda akan pelajari:

Fasa Pertama (3 bulan)

Asas Bacaan
Mengenal huruf
Mengenal tanda dan baris
Memperhalusi bacaan
Teknik menghafal 28 huruf
Mengenal huruf sambungan
Bacaan huruf dan ayat sambungan

Pengenalan Tajwid
Apa itu Tajwid?
Hukum membaca basmalah dan istiadzah
Cara membaca basmalah & istiadzah diantara dua surah

Fasa Kedua (2 bulan)

Memperhalusi Lagi Makhraj Huruf
Pengertian makhraj huruf
Cara sebutan huruf menggunakan posisi lidah dan di mana keluarnya bunyi huruf-huruf tersebut

Memahami Sifat Huruf
Pengertian sifat huruf
Jumlah sifat huruf
Sifat huruf yang berlawan
Sifat huruf yang tak berlawan


Hukum Nun Mati
Izhar
Idgham bil ghunnah
Idgham bil ghunnah
Iqlab
Ikhfak

Fasa Ketiga
Mengenali semua hukum tajwid dan cara membaca Ayat-ayat panjang berlandaskannya
Talaqqi dan tasmi' iaitu membaca dan mendengarkan bacaan kepada guru dan guru akan betulkan setiap kesalahan

Dan banyak lagi...

Ini adalah kelas online belajar secara beramai-ramai. Paling ramai satu kelas hanya 14 atau 15 orang supaya ustazah dapat berikan perhatian yang secukupnya.

Kita akan menggunakan kitab Iqra 1-7 sehinggakan kesemua peserta dapat membaca ayat bersambung dengan lancar. Kemudian kita akan gunakan Al-Quran untuk membaca bersama-sama

InsyaAllah, asatizah kami tidak akan terus maju ke pelajaran baru sehinggakan murid-muridnya semuanya lancar dan faham.

Bagi mereka yang tidak ada bukunya harap dapat beli bukunya dahulu.

Kelasnya akan diadakan secara online di Zoom dan peserta akan dikumpulkan dalam Whatsapp group supaya mudah  menerima arahan ataupun update setiap kali sebelum bermula kelas.

Tarikh mula: 11 August 2021
Setiap Rabu Malam
Waktu: 8-9.30pm
Feesnya: $45 sebulan dan ada $15 Registration Fees.

Kami pon ada hadiah bagi murid-murid baru kami:
 - 1 buku iqra 1-6 (Percuma. Harga biasa $3-$5)
 - 1 nota tajwid (Percuma. Harga biasa $2- $3)


Organisers

Al-Busyro Learning Development

Comments



Our platforms