ADIL: Fiqh Kekeluargaan
Modul ini bermatlamat untuk mengulang kaji semula tanggungjawab dan peranan setiap anggota keluarga muslim, sesama mereka yang ada hubungan mahram serta hubungan dengan ahli keluarga bukan mahram seperti anak angkat dan pembantu rumah.
Modul ini juga akan membahaskan isu-isu terkini yang dihadapi oleh sebuah keluarga muslim di Singapura seperti:
-Menangani konflik rumahtangga
-Keganasan keluarga dan kaunseling
-Hak tanggungjawab dan batas pergaulan Keluarga mertua & ipar duai juga pembantu rumah
-Hukum mengambil anak angkat atau anak titipan dalam Islam
-Isu aurat anak angkat bila dewasa kelak
- Isu anak luar nikah
-Perancangan keluarga (IVF)
-Persediaan untuk hari tua:
(i)Instrumen pembahgian harta: warisan, wasiat, faraid , nuzriah, hibah.
(ii) Isu Arahan Awal Perubatan (AMD, Advance Medical Directive) , Pendermaan organ
Modul ini akan membawa peserta memahami dan mempratikkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan berkeluarga yang disebutkan dalam sumber-sumber agama, bersesuaian dengan kehidupan di Singapura.
Di akhir modul ini, diharapkan agar para peserta dapat memahami dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mencapai kehidupan berkeluarga yang penuh sakinah dan rahmah.
Details
Kursus ini akan dibimbing oleh Ustaz Md Syahid Abd Latif pada hari hari Selasa dan Rabu 27 & 28 July 3 & 4 Ogos secara online melalui aplikasi ZOOM.
Location
Assyakirin Mosque
550 Yung An Road, Singapore 618617Organisers
Assyakirin Mosque was first built and declared open in 30th April 1978. Its mission is to serve...
Comments