Fiqh Wanita: Pengenalan Asas Fiqh Darah Wanita
Isu haidh seringkali menjadi kekeliruan bagi kaum wanita. Antara masalah utama bab haidh ialah cara pengiraan hari haidh, hukum kepada darah haidh yang terputus-putus, cara mengenali warna serta sifat darah. Ilmu fiqh darah wanita ini suatu ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap kaum muslimah.
Ayuh ikuti kelas Pengenalan Asas Fiqh Darah Wanita anjuran Masjid Assyakirin pada 6 & 7 Mac 2021, jam 8.00 malam hingga 9.30 malam bersama Ustazah Nur Syahidah.
Details
Sesi ini terbuka untuk semua kaum Muslimah. Di dalam sesi ini, anda akan pelajari tentang:
• Cairan yang keluar dari wanita
• Jenis-jenis darah wanita
• Lima warna darah haidh
• Cara kiraan haidh
• Perbezaan antara darah kuat dan darah lemah dan bagaimana ia boleh membantu mengira kitaran haidh
• Hukum bagi darah haidh yang keluar terputus-putus
Para ibu yang mempunyai anak-anak perempuan yang sudah ataupun akan melangkah ke alam aqil baligh juga amat dialu-alukan agar dapat mempelajari dan mengongsikan asas ilmu ini.
Sesi akan diadakan secara online melalui aplikasi Zoom. Tempat adalah terhad, daftar sekarang!
Location
Assyakirin Mosque
550 Yung An Road, Singapore 618617
Organisers

Assyakirin Mosque was first built and declared open in 30th April 1978. Its mission is to serve...