Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
19 Mar 2024 - 8 Ramadhan 1445 Asar 16:15 Maghrib 19:17
19 Mar 2024 - 8 Ramadhan 1445 | Subuh 5:53 | Syuruk 7:09 | Zuhur 13:14 | Asar 16:15 | Maghrib 19:17 | Ishak 20:25
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 1270

Persiapan Kali Terakhir - Kursus Pengurusan Jenazah (Khusus Muslimah)

[Event has ended]
Sat, 20 February 2021, 9:00 AM - 6:00 PM | Malay
Al-Busyro Learning Development

Fees: $100 (Ticket Price), $20 (Registration Fees)


Anda Tahu Apa Harus Anda Buat Jika Salah Satu Ahli Keluarga Anda Meninggal Dunia Sekarang?

Dalam kursus ini, peserta akan mempelajari:

    • Tanda-tanda nazak
    • Tanda-tanda untuk pastikan kematian itu sendiri 
    • Cara menguruskan jenazah dalam aspek teori dan praktikal

    Peserta juga akan diajar pengetahuan mengenai penjagaan paliatif iaitu cara perubatan dan merawat pesakit yang serius atau sudah hampir mati.


    Tujuan kursus ini adalah untuk melengkapkan dan mempersiapkan peserta supaya mahir menguruskan proses daripada mulanya mengurus pesakit sebelum kematian berlaku sehinggkan waktu jenazah tersebut dikebumikan.

    Sebaik-baiknya peserta akan tahu apa perlu dibuat jika ada berlaku kematian kepada salah seorang ahli keluarganya, dan juga faham apa kesan mempelajari dan mengamalkan semua ini terhadap anak-anak yang saleh.



    Masalahnya....


    Ramai yang tidak memastikan arwahnya diurus dengan baik sebelum dia meninggal dunia sehinggakan apabila jenazah ingin diurus untuk dikafankan, ia dalam keadaan mengaibkan dan menyusahkan ahli pengurus jenazah...

    Ramai yang tidak mengurus arwahnya ketika dalam keadaan tenat dengan baik menyebabkan arwahnya berada dalam keadaan tidak selesa dan mungkin menghembuskan nafas dalam keadaan tidak elok segi kebersihannya. ...

    Ramai juga tidak tahu apa yang patut disiapkan sebelum kakitangan pengurusan jenazah tiba di rumah mereka. Ini juga akan lewatkan kebumian ahli keluarga yang telah pergi.


    Yang penting sekali, ramai yang tidak tahu menguruskan jenazah ahli keluarganya sendiri dan mengharapkan sepenuhnya kepada ahli Pengurusan Jenazah.

    Details

    Dengan Itu, Pengurusan Jenazah Sinaran Baharu ingin mengajarkan anda:

    1. Pengenalan Kursus Mengurus Jenazah 
    2. Makna dan persiapan untuk kematian 
    3. Keadaan Nazak
    4. Mengarahkan orang yang sedang nazak - Membaca Al-Quran
    5. Tatacara menguruskan jenazah selepas kematian
    6. Doctor's CCOD, Police report, Death Certification, Burial permit application
    7. Cara bersihkan jenazah(Ghusl)
    8. Cara kafankan almarhum untuk lelaki dan perempuan - Adab, Perbezaan antara lelaki & wanita, tempat mencuci (ghusl) dan kaedahnya
    9. Sesi Praktikal – Ghusl, kafan & solat (Menggunakan air, mandi basah)
    10. Solat Jenazah (Solat Jenazah) - Prosedur untuk lelaki / wanita dewasa, kanak-kanak, dalam solat tidak hadir (Solat Ghaib) 
    11. Pengebumian - Menggali kubur (konteks Singapura), Cara meletakkan jenazah, arah kiblat dan doa
    12. Menziarahi tanah perkuburan (tanah perkuburan Muslim) & Adab melayani ahli keluarga si mati - Sunnah, pakaian, doa
    13. Tempoh berkabung & Iddah (Tempoh menunggu janda)
    14. Palliative care – The short and long term care for serious illness patient and near death patient


    Lokasi: 537 Bedok North Street 3, Singapore 460537

    Tarikh Untuk Sesi Lelaki: 6th February 2021
    Tarikh Untuk Sesi Wanita: 20th Feruary 2021

    Waktu: 9.00am - 6.00pm

    Fees: $100 + $20 Registration fees
    **Makanan ringan dan Makan Tengah hari akan diberi**
    **Peserta diharap untuk membawa pakaian lebih kerana akan ada peluang untuk berlatih memandikan mayat dengan gunakan air di tandas kami**

    Organisers

    Al-Busyro Learning Development

    Comments



    Our platforms