Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
19 Mar 2024 - 8 Ramadhan 1445 Syuruk 7:09 Zuhur 13:14
19 Mar 2024 - 8 Ramadhan 1445 | Subuh 5:53 | Syuruk 7:09 | Zuhur 13:14 | Asar 16:15 | Maghrib 19:17 | Ishak 20:25
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 1528

KURSUS TAJWID (Bacaan Al-Quran 6 bulan)

[Event has ended]
Tue, 4 February 2020, 8:00 PM - 9:30 PM | Malay
Al Fahmi Services
Ustazah Einon Mohd Taib

www.alfahmi.sg

Fees: $50 SEBULAN ($10 pendaftaran, 5 orang $30 sekali sahaja)

Hal yang utama dari belajar membaca alquran adalah juga belajar tajwid al-quran. Ilmu tajwid asas dipelajari ketika kita sudah mengetahui huruf huruf alquran atau huruf huruf hijaiyah, serta kita sudah boleh membaca huruf huruf tersebut. Hukum nun mati, hukum mim mati, alif lam syamsiah serta hukum mad menjadi hal asas untuk kita pelajari.

Apakah Itu Tajwid Alquran ? tajwid alquran adalah tata cara membaca alquran dengan baik dan benar, sesuai dengan kaedah-kaedah membaca alquran.
Dalam ilmu keislaman khususnya di bidang membaca alquran dikenal dengan ilmu tajwid.

Tajwīd (تجويد) secara harfiah bermakna melakukan sesuatu dengan baik dan indah atau bagus dan membaguskan, dalam bahasa arab, tajwid berasal dari kata Jawwada (جوّد-يجوّد-تجويدا).

Pengertian lain dari ilmu tajwid ialah menyampaikan dengan sebaik-baiknya dan sempurna dari tiap-tiap bacaan ayat al-Quran. Para ulama menyatakan bahwa hukum bagi mempelajari tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf atau dewasa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KELAS TAJWID DEWASA untuk kaum ibu kaum bapa dan anak-anak (18 tahun keatas).

>>UNTUK MEREKA YG TAHU SEDIKIT BACA AL-QURAN CUMA NAK BELAJAR TAJWID SUPAYA LEBIH LANCAR BACAANNYA
.
.
.
Yok set matlamat untuk Ramadhan akan datang. Niat nak baca Al Quran kena mula dari awal lagi.
.
Kita bukan tidak pandai baca. Cuma...apabila tanya nama dan bab hukum tu yang biasa akan terfikir-fikir.
.
.
Siapa yang memang mencari, teruskan mendaftar, Kelas ini KHAS UNTUK ANDA.
.
.
(1) SEMINGGU SEKALI..SENANG NAK BERI KOMITMEN. Susah beri komitmen setiap malam, KITA ADA 2 KELAS TAJWID, SELASA MALAM DAN AHAD PETANG. seminggu sekali buat kehidupan akhirat.
.
(2) KENAL HURUF DAN MAKHRAJ. Dimanakah letaknya lidah semasa menyebutnya. Sebab salah lidah salah makhraj nanti mungkin salah makna dalam bacaan. Kalau kena dalam bacaan WAJIB dalam solat.. Dah jadi lain pula maknanya.
.
(3) KENAL HUKUM NUN MATI DAN TANWIN. Hukum yang paling banyak dalam Al Quran. Mana nak DENGUNG mana nak SEMBUNYI Mana nak MASUKKAN.. Tanda barisnya bagaimana.. Penting sebab selalu diguna semasa bacaan. MASIH INGAT...?
.
(4) FAHAM HUKUM BACAAN MIM MATI. Ramai tidak tahu berkenaan hukum ini. Ada 3 hukum yang berkaitan. DOAKAN agar kita dapat fahami ilmunya
.
.---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelas akan bermula pada 4 Februari 2020, setiap Selasa, 8pm - 9.30 pm

Yuran bulanan : $50 sebulan

Yuran pendaftaran (pelajar baru sekali sahaja) : $10 seorang / $30 untuk 5 orang

Tempat : 970 Geylang Road, Tristar Complex,#02-03 Room 7

Details

Terma dan Syarat:

  1. Mestilah berusia 18 tahun ke atas. (tiada had umur untuk yang berusia).
  2. Wang pendaftaran anda tidak akan dikembalikan selepas proses pembayaran dilaksanakan. 
  3. Nota akan disediakan dan yuran pendaftaran hanya sekali seumur hidup.
  4. Diajarkan oleh Asatizah yang mempunyai ARS dan bertauliah.
  5. Lokasi - 10-15 minit berjalan kaki dari MRT Paya Lebar, perkhidmatan bas berhampiran, bersebelahan dengan Joo Chiat Complex, berdekatan dengan Al-Azhar restoran (Halal), terdapat ruangan untuk solat. 

Organisers

Al Fahmi Services

Speakers

Ustazah Einon Mohd Taib

Comments



Our platforms