Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
19 Mar 2024 - 8 Ramadhan 1445 Asar 16:15 Maghrib 19:17
19 Mar 2024 - 8 Ramadhan 1445 | Subuh 5:53 | Syuruk 7:09 | Zuhur 13:14 | Asar 16:15 | Maghrib 19:17 | Ishak 20:25
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 2435

Kelas Asas Ilmu Faraid

[Event has ended]
Mon, 8 October 2018, 8pm | Malay
Blk 303 Woodlands St 31 #01-203 Level 2 Singapore 730303
Islah - Islamic Studies & Arab Hub

asas faraid

Fees: $330

Assalamualaikum
KELAS ISLAH YANG BARU
Kelas Asas Ilmu Faraid
Ilmu faraid ialah ilmu yang bersangkutan dengan cara pembahagian harta pusaka seorang Muslim yang telah meninggal dunia. Ilmu faraid adalah ilmu yang penting untuk dipelajari kerana ia mengandungi hukum Allah mengenai harta. Harta sering menjadi punca pertelagahan antara manusia. Hukum siapakah yang lebih layak digunapakai untuk pembahagian harta yang adil selain dari hukum Allah? Setiap harta yang kita punya adalah datangnya dari Allah jua. Maka Allah adalah yang paling layak untuk menentukan bagaimana harta peninggalan kita itu dibahagikan.

Ilmu faraid adalah ilmu pertama yang akan diangkat Allah (hilang) sebelum datangnya hari kiamat. Nabi Muhammad saw bersabda, yang maksudnya; "Belajarlah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada manusia kerana aku ini adalah manusia yang akan mati dan sesungguhnya ilmu ini akan ditarik dari manusia, dan akan berlaku fitnah antara manusia sehingga apabila bertengkar dua orang tentang ilmu faraid, mereka tidak dapat mencari seseorang yang dapat menyelesaikannya di antara mereka." - Hadis riwayat Imam Ahmad dari Ibnu Mas'ud.

Sabda Baginda lagi, yang maksudnya; "Belajarlah ilmu faraid kerana sesungguhnya ia sebahagian dari agama kamu dan ajarkanlah ia kepada manusia kerana sesungguhnya ia merupakan separuh ilmu, dan sesungguhnya ia akan dilupakan dan sesungguhnya ia adalah ilmu pertama yang akan dicabut dari umatku." - Hadis riwayat Hakim dan Abu Daud dari Abu Hurairah.

Pembahagian harta pusaka melalui faraid adalah satu ibadah kerana ia adalah perintah dan hukum Allah swt yang tercatat di dalam al-Qur'an. Setiap ibadah mesti ada rukun-rukun dan syarat-syaratnya.
Untuk maklumat lanjut dan mendapat ilmu yang indah itu ikuti lah kelas kita di islah

Details

Fees $330 +$50 registration
Nota akan di sediakan
Hari dan masa: Tiap isnin jam 8 sampai 9.30 malam
Tiap Sabtu jam 10 sampai 11.30 pagi
Mula 6 dan 8 hari bulan Oktober

Location

Blk 303 Woodlands St 31 #01-203 Level 2 Singapore 730303

Blk 303 Woodlands St 31 #01-203 Level 2 Singapore 730303

Organisers

Islah - Islamic Studies & Arab Hub

Comments



Our platforms