Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
19 Apr 2024 - 10 Syawal 1445 Ishak 20:19 Subuh 5:41
19 Apr 2024 - 10 Syawal 1445 | Subuh 5:41 | Syuruk 7:00 | Zuhur 13:05 | Asar 16:21 | Maghrib 19:09 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 2719

Kursus SSIT: Kursus Pengurusan Jenazah

[Event has ended]
Sat, 28 April 2018, 3 petang - 7 malam | Malay
Masjid Kassim
Ameer Al Hakim

kursus pengurusan jenazah

Fees: $50 seorang ($45 bagi penyertaan 2 orang keatas)

Assalamualaikum wr wbr,
Jemaah yang dihormati sekalian,


Masjid Kassim insyaAllah akan menganjurkan Program SSIT yang terbaru:
Kursus Pengurusan Jenazah, pada dua hari sabtu, 28 April & 5 Mei 2018.

Kursus ini adalah kursus dua hari, yang mempunyai pengisian teori dan juga praktikal.

Melalui kursus ini, para peserta akan didedahkan dengan bermacam-macam ilmu berkaitan dengan pengurusan jenazah, dari sebelum kematian hingga ke urusan pengebumian.

Antara pelajaran-pelajaran yang akan disentuh adalah seperti adab2 menziarahi yang sakit, tanda2 sakaratul maut dan apa yang harus dilakukan ketika seseorang itu bertemu sakaratul maut, pelajari rukun dan sunnah dalam solat jenazah, pelajari cara mandikan jenazah dan juga mengkafankannya.

Pada hari kedua kursus pula, kita akan bersama-sama menziarahi perkuburan Pusara Aman. Pelajari adab2 menziarahi kubur, pelajari jenis2 lobang kubur yang ada di dunia ini, pelajari secara praktikal perkara2 yang biasa dilakukan ketika pengebumian jenazah. Dan bermacam2 lagi.

Kursus ini adalah khusus buat MUSLIMIN sahaja.
Yuran bagi bengkel ini juga adalah sebanyak: $50 seorang sahaja.
Dan sebagai harga promosi: $45 bagi penyertaan dua orang keatas.

Bengkel ini akan dipimpin oleh:
Yg Berbahagia Saudara Ameer Al-Hakim,
Pengarah Syarikat Pengurusan Urusan Jenazah Al-Hakeem.

Ayoh! Ikuti kursus istimewa ini.
Persiapkan diri kita sebelum tibanya masa giliran kita pula.

Kursus yang sangat sesuai dipelajari oleh setiap ketua keluarga, lebih2 lagi ayah2, suami2 dan abang2 di dalam keluarga.

Untuk maklumat lanjut, pendaftaran dan pembayaran, bolehlah lakukannya di pejabat masjid kassim.
atau lungsuri www.tinyurl.com/urusjenazah

Harap dapat kongsikan maklumat ini kepada kenalan-kenalan anda yang mungkin berminat.

Details

Bertempat :
Masjid Kassim & Perkuburan Pusara Aman

Tarikh :
2018-04-28

Masa:
3 petang - 7 malam

Penceramah:
Akh Ameer Al-Hakim, Pengarah Syarikat Pengurusan Jenazah Al-Hakeem


Location

Kassim Mosque

450 Changi Road, Singapore 419877

Organisers

Masjid Kassim

Speakers

Ameer Al Hakim

Comments



Our platforms