Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
16 Apr 2024 - 7 Syawal 1445 Maghrib 19:09 Ishak 20:19
16 Apr 2024 - 7 Syawal 1445 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:00 | Zuhur 13:06 | Asar 16:20 | Maghrib 19:09 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 4066

Young Psychologist Muslim

[Event has ended]

 

Sempena cuti sekolah ini, Masjid Darul Aman akan menganjurkan program "Young Psychologist Muslim", khas untuk remaja berusia 14 tahun hingga 19 tahun. Young Psychologist Muslim adalah sebuah program berbentuk aktiviti yang berdasarkan ilmu psikologi dan pendidikan Islam. Program yang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik itu, menyediakan ruang bagi para remaja untuk perkembangan diri. Program tersebut direka khas dan sangat sesuai untuk remaja lelaki dan perempuan yang sedang mencari identiti masing-masing.

Antara perkara yang akan dipelajari adalah memahami diri individu serta personaliti masing-masing. Penekanan diberikan mengenai IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient), SQ (Spiritual Quotient) dan VQ (Value Quotient). Selain itu, peserta juga akan dapat menajamkan cara berfikir dan membuat keputusan yang bijak. Ini adalah penting kerana remaja kebiasaannya membuat keputusan berdasarkan emosi. Seperti yang diketahui, apabila emosi mengatasi akal maka individu akan hilang daya tahan dan akan menyebabkan terpengaruh kepada masalah sosial.

Details

Umur: 14-19 Tahun
Masa: 10 pagi hingga 5 petang
Tempat: Dewan Khadijah, Masjid Darul Aman
Yuran: $20 (belia mesjid), $25 umum
Makan tengah hari disediakan.

Untuk penyertaan/ pertanyaan sila datang ke Masjid Darul Aman
atau hubungi:

Ust Abdul Rahman Sahid ( 6744 5544 ext 106)
[email protected]

Tempat terhad, sila daftar awal!

Location

Darul Aman Mosque

1 Jalan Eunos, Singapore 419493

Comments



Our platforms