Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
29 Mar 2024 - 18 Ramadhan 1445 Maghrib 19:14 Ishak 20:22
29 Mar 2024 - 18 Ramadhan 1445 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:06 | Zuhur 13:11 | Asar 16:15 | Maghrib 19:14 | Ishak 20:22
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 4278

KURSUS KEFAHAMAN (asas)/ PENGENDALIAN PENGURUSAN JENAZAH (2 hari)

[Event has ended]
Sat, 7 March 2015, 5 petang hingga 10 malam | Malay
152 Still Road, Singapore 423991
Md Amir Ali bin Idris Ali, Raiha

jenazah course

Fees: $80.00

Sudah bertahun-tahun pasangan pengurus jenazah ini menganjurkan kursus urusan jenazah secara sendirian atau mengajar di bawah anjuran persatuan/pengajian Islam seperti SimplyIslam, Darul Arqam Singapore dan juga di masjid Assyakirin dan masjid Hasanah (dalam bahasa Inggeris dan Melayu). Tujuan kami untuk berkongsi ilmu yang ada, (berpengalaman 10 tahun) dalam bidang pengurusan jenazah dengan masyarakat Islam Singapura tentang segala selok-belok mengurus jenazah dari saat mengenal tanda-tanda kematian hingga akhirnya di kebumikan. Para peserta akan di ajar tentang sistem sebenar dalam konteks Singapura hari ini seperti apa yang perlu di buat dan apa yang perlu di elakkan.Cerita-cerita sebenar juga akan dikongsi tanpa membongkar 'aib' seseorang untuk membantu kefahaman para peserta sewaktu kelas berlangsung.

Kursus akan di bimbing melalui kaedah 'POWER-POINT' serta panduan NOTA secara interaktif. Segala pendapat dan penerangan berpandukan Hadith dan Sunnah. kursus fardhu kifayah ini juga akan membimbing anda cara-cara mandi, kafan, solat dan pengebumian jenazah. Peserta tidak akan di uji tentang bacaan-bacaan doa, ini bermaksud kebolehan membaca ayat-ayat Qurran bukan lah satu keperluan kerana anda akan di bimbing sepenuhnya.

Tempat hanya terbuka pada 40 peserta sahaja kerana kami percaya kursus sebegini lebih selesa di pelajari dengan jumlah yang kecil. Sesuai untuk muslimin dan muslimah 13 tahun ke atas. Kelas teori akan di gandingkan semua tetapi akan di pisahkan sewaktu praktikal mandi jenazah (simulasi). Sijil penyertaan juga akan di beri. SESIAPA SAJA BERHAK BELAJAR KURSUS INI KERANA APABILA ADA KEMATIAN DI KALANGAN ORANG TERSAYANG, ANDA LAH YANG BERHAK MENGURUSNYA.

Akhir kata, kami memang mengalu-alukan masyarakat yang ingin ceburi bidang ini.

Details

Daftar awal untuk elak kekecewaan melalui talipon/sms atau whatsapp atau PM di FB (Amir Ali Idris Ali). Sila beri butir-butir seperti nama penuh, alamat dan contact apabila membuat pendaftaran.

Hubungi Abg. Amir: 97624321 untuk keterangan lanjut
YURAN PENYERTAAN: $80.00 untuk dua hari termasuk nota, jamuan malam, sijil penyertaan.
**Resit akan di pos ke alamat anda sebagai bukti penyertaan beserta bayaran.

Ruang solat dan tandas berasingan juga di sediakan di tempat kursus.

TIDAK PERLU TUNGGU HINGGA TAHUN DEPAN UNTUK DAFTAR KERANA KEBELAKANGAN INI KURSUS URUSAN JENAZAH SUDAH ADA PERMINTAAN.

Location

152 Still Road, Singapore 423991

152 Still Road, Singapore 423991

Organisers

Pengurusan Jenazah NUR

Pengurusan Jenazah NUR telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh pengurus jenazah Haji Amir bersama ist...

Speakers

Md Amir Ali bin Idris Ali, Raiha

Comments



Our platforms