Kursus Falak Syar’ie – Antara Rukyah dan Hisab
Polemik dan perbezaan pendapat antara umat Islam dalam menentukan awal bulan Hijrah telah berlaku daripada dahulu sehingga sekarang. Ada yang berpendapat bahawa penentuan awal bulan Hijrah hanya boleh dibuat melalui rukyah sahaja dan tidak boleh melalui hisab (matematik). Ada yang berpendapat bahawa awal bulan Hijrah boleh ditentukan melalui hisab semata-mata.
Perbezaan ini menyebabkan perpecahan umat Islam dapat menentukan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.
Mengapa ini berlaku? Tidakkah boleh umat Islam bersatu dalam isu penentuan awal bulan Islam?
Kursus ini akan membawa dalil-dalil kedua-dua pihak dan pandangan-pandangan kontemporari untuk menyelesaikan polemik ini.
Details
Kursus ini selama 3 Khamis, 13 Nov - 27 Nov 2014
Location
Darul Huffaz Learning Centre
218 Changi Road, PKMS Building, Singapore 419737
Organisers

We are a dedicated group of Quran teachers with the common objective of promoting Quranic reading an...