Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 Syuruk 6:58 Zuhur 13:04
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 4530

SEMINAR PANDUAN ILMU HADITH (MEMAHAMI DASAR-DASAR ILMU HADITH DAN MARTABATNYA DALAM ISLAM)

[Event has ended]
Sun, 23 November 2014, 9.30am hingga 4.00pm | Malay
Mujahidin Mosque
Salaam Media International
Ustaz Nur Qamarul Muhammad

seminar, hadiths, quran, sunnah

Fees: $20

Sinopsis: Dewasa ini , keperluan akan ilmu hadith dirasa semakin genting bagi umat Islam untuk memahami syari'at agama ini terutama untuk memahami selok-belok hadis – hadis Nabawiyyah Asy – Syariif.

Terlebih lagi akhir-akhir ini umat muslim begitu mudahnya membagi-bagikan sebuah perkataan yang dinisbatkan kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam padahal tidak jelas diketahui apakah ia shahih, dha'if ataukah malah kepalsuan atas nama beliau, na'uudzubillah.

Maka, mempelajari ilmu hadits, mengetahui seluk-beluk hadits, kitab-kitabnya, para imam hadits adalah salah satu cara agar kita membuka minda kita dalam pengamalan dan kefahaman agama yang murni ini dan kita sentiasa berada pada landasan yang selamat.

Antara perkara yang akan dibicarakan di dalam seminar satu hari ini termasuk:

- Pengertian Hadits dan Perbedaannya Dengan Sunnah
- Khabar dan Asar
- Perbedaan Antara Hadits Nabawi, Hadits Qudsi, Dan Al-Qur'an
- Fiqh Sunnah
- Ilmu Mustholah Hadith (Pengenalan terhadap sanad dan matan hadiths)
- Sejarah Pembukuan Hadith
- Berinteraksi dengan Sunnah
- Hadith Dho'if (Lemah) & Maudhu'(Palsu)
- Tokoh-tokoh Hadith
- Kitab-Kitab Hadith
- Fahaman anti-Hadith (Engkar Sunnah)
- Pengenalan ilmu al-Jarh wa at ta'dil (Penilaian terhadap Perawi Hadiths)
- Sessi soal-jawab interaktif

Details

Pensyarah: Ustaz Nur Qamarul Muhammad. B.A. Hadith (Universiti Islam Madinah)

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Hadith dari Fakulti berprestij Hadith, Universiti Islam Madinah. Beliau mempunyai banyak pengalaman dan kefahaman dalam isu-isu moden yang dihadapi oleh masyarakat tempatan, baik yang tua maupun yang muda. Beliau kini berkerja sebagai Pegawai Agama Masjid Ar-Raudhah dan berpengalaman mengajar di beberapa intituisi di sini seperti di Pengajian Tinggi Alzuhri, Darul Qur'an Singapura, Salsabil.sg dan masjid-masjid tempatan.

Tempat: Masjid Mujahidin Function Room L4 (590 Stirling Road , Singapura 148952 ) terletak di antara dua stesen MRT, Queenstown dan Komanwealth. Untuk maklumat bas, sila layari: http://www.sbstransit.com.sg/index.aspx?s=jp

Parking di MDIS, berhadapan dengan Masjid.

Yuran: Pendaftaran berharga $ 20 setiap peserta. Ini termasuk buku kertas kerja, air mineral, makan tengah hari dan minuman petang.

Seminar ini terbuka kepada peserta lelaki dan wanita . Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak akan dibenarkan masuk ke dalam Auditorium / Dewan . Tempat terhad.

Pendaftaran , pertanyaan dan pembayaran Seminar boleh di lakukan di:

Salaam Media International

390, Victoria Street, Golden Landmark

Shopping Centre, #01-40/73, Singapore 188061

Tel: 6396 4121

Isnin: 12pm-8pm

Selasa-Sabtu: 11am-8pm

Ahad: 11am-7pm

Location

Mujahidin Mosque

590 Stirling Road, Singapore 148952

Organisers

Salaam Media International

Speakers

Ustaz Nur Qamarul Muhammad

Comments



Our platforms