Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
28 Mar 2024 - 17 Ramadhan 1445 Asar 16:14 Maghrib 19:15
28 Mar 2024 - 17 Ramadhan 1445 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:06 | Zuhur 13:11 | Asar 16:14 | Maghrib 19:15 | Ishak 20:22
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 1636

Seminar Untuk Kita Pendosa (KUASA) @ Johor

[Event has ended]
Sat, 27 September 2014, 0730 - 1900 | Malay
Universiti Teknologi Malaysia
Langitilahi
Hilal Asyraf, Diana Amir, Ameen Misran

seminar

Fees: MYR 35

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Az-Zumar: 53)

DOSA, tidak akan terpisah dari hidup manusia. Namun, bukanlah dosa itu yang menjadi tonggak penting. Rentetan dari ayat yang diberikan di atas, persoalan yang patut ditanya kepada diri ialah “Apakah mungkin masih ada harapan untuk berubah?” dan “Apakah usaha yang patut diambil untuk kembali?”

Nama “Untuk Kita Pendosa” ini diinspirasi dari buku Tuan Hilal Asyraf yang menekankan bahawasanya harapan untuk kembali itu sentiasa ada. Para penyampai akan menseminarkan buku ini dan mengadaptasinya supaya sesuai dengan realiti semasa.

Justeru, “Seminar Untuk Kita Pendosa (KUASA)” merupakan wadah terbaik untuk memperkasakan keilmuan, pengalaman dan jaringan sesama peserta melalui perbincangan secara ilmiah dan berstruktur. Siapakah yang patut hadir? Mereka yang berdosa sahaja

Seminar Untuk Kita Pendosa direncanakan untuk mencapai objektif-objektif berikut —

1. Mewujudkan suasana pertemuan silaturahim sesama para peserta.
2. Memperjelas method taubat yang terpilih
3. Membentuk jaringan hati ke hati peserta bersama penceramah
4. Menguatkan para peserta akan pintu taubat yang sentiasa terbuka

Details

Yuran Pendaftaran: RM50
Yuran Promosi (tanpa makanan) : RM35 (sebelum 13 Sept 2014)
*Bayaran tambahan (makanan) : RM15

Pendaftaran Online : http://langitilahi.com/kuasa/pendaftaran/

Organisers

Langitilahi

Speakers

Hilal Asyraf, Diana Amir, Ameen Misran

Comments



Our platforms