Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
18 Apr 2024 - 9 Syawal 1445 Maghrib 19:09 Ishak 20:19
18 Apr 2024 - 9 Syawal 1445 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:00 | Zuhur 13:05 | Asar 16:20 | Maghrib 19:09 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 1391

Kursus Asas Tajwid , Pendidikan Islam Untuk Remaja dan Fun With Arabic

[Event has ended]
Sun, 26 October 2014, 5:30 petang - 8 malam | Malay
268 Woodlands Centre, Woodlands Point
Nur Hidayah Al-Quran
Ustaz Ismail Abdullah

kursus, asas tajwid, remaja

Fees: $50 Sebulan

Kursus ini diadakan bagi remaja-remaja yang kurang pengetahuan dalam pendidikan islam atau remaja yang ingin menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada. Antara Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu Tauhid, Tajwid, Akhlak dan ilmu Fiqih.

Ilmu Tauhid mereka akan diajar mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan keimanan terutama yang berkaitan dengan ke-Esa-an Allah.Juga akan diajar mengenai Rasul-Rasul Allah.

Ilmu Tajwid pula terdapat pembelajaran tentang tata cara dan bagaimana cara kita membaca Al-Quran (ejaan-ejaan dll) dengan baik dan benar sesuai dengan tuntutan Sunnah Rasulullah SAW. Dengan mempelajari Ilmu Tajwid, kita dapat membaca Al-Quran dengan sebutan yang betul.Dengan memelajari Ilmu Tajwid kita akan dapat membaca Al'Quran dengan sebutan yang betul.

Ilmu fiqih adalah ilmu untuk mengetahui hukum Allah yang berhubungan dengan segala amaliah mukallaf baik yang wajib, sunah, mubah, makruh atau haram yang digali dari dalil-dalil yang jelas (tafshili) contohnya puasa, solat dll.

Akhir sekali, Ilmu Akhlak adalah ilmu yang mengajarkan manusia untuk dapat berperangai,berbudi pekerti,tingkah laku dan tabiat.

Details

Bertempat di:-

268, Woodlands Centre Road, Woodlands Point #O3-01 738931

Kursus Asas Tajwid diadakan khas untuk yang telah mengenal huruf-huruf hijaiyah.

Kelas ini adalah bagi peringkat permulaan.

Kelas ini diadakan pada setiap hari Ahad dan Khamis antara tarikh 17 Ogos hingga 3 November 2014.

Setiap Ahad 5:30 petang hingga 8 malam dan setiap Khamis 8 malam hingga 9 malam .

Yuran - $50 Sebulan.

Pendidikan Islam Untuk Remaja pula diadakan bagi remaja sahaja .

Kelas ini diadakan pada setiap hari Sabtu, bermula Ogos 2014 sehingga Januari 2015 dari 2:15 petang hingga 5 petang.

Yuran - $50 Sebulan.

Kelas Fun With Arabic diadakan khas untuk muslimah dewasa sahaja.

Kelas ini adalah bagi peringkat permulaan.

Kelas ini diadakan pada setiap hari Sabtu bermula 16 Ogos hingga 6 September 2014 5 petang hingga 6:30 malam.

Yuran - $80 (4 Sesi)

Pendaftaran masih lagi dibuka untuk semua kursus.

Untuk keterangan lanjut atau untuk mendaftar, sila hubungi:-

Ustaz Ismail - 8189 1503
Bro Jefri - 9388 8244
Tuan Haji Mohsain Badron - 9845 6844

Organisers

Nur Hidayah Al-Quran

Speakers

Ustaz Ismail Abdullah

Comments



Our platforms