Tafsir Surah Al-Fatihah & Talaqi Dan Musyafahah




Fees: $50
Majlis untuk menghuraikan maksud di dalam Surah Al-Fatihah bersandarkan hadis-hadis sahih. Ia juga termasuk mempelajari bab-bab solat seperti cara-cara masbok dan apa yang patut dilakukan jika imam tersilap semasa solat. Juga mempelajari cara-cara di dalam solat seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan juga mempelajari pelbagai bacaan di dalam setiap satu rukun di dalam solat.
Disamping itu juga diadakan Talaqi dan Musyafahah iaitu pertemuan antara murid dan guru dimana murid membaca Al-Quran dan guru mendengar dan menyemak bacaan tersebut. Juga murid memerhatikan gerak bibir guru untuk mempelajari sebutan makhraj yang betul.
Details
Bertempat:
268 Woodlands Centre Road Woodlands Point #O3-01 738931
Untuk pendaftaran sila hubungi Ustaz Ismail - 81891503, Bro Jefri - 93888244
Program ini ada dua sesi. Sesi yang pertama diadakan pada 28 Jun dan yang kedua pada 5 Julai 2014. Peserta boleh memilih samaada waktu pagi - 10.00 am - 2.00 pm atau 2.00 pm - 6.00 pm.
Program ini akan diulangi pada 12 Julai dan 19 Julai 2014 juga pada jam 10.00 am - 2.00 pm atau 2.00 pm - 6.00 pm.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Taman Bacaan Nurhidayah Al-Quran sila layari laman sesawang kami di:-
http://www.nurhidayahalquran.sg
dan sila like Facebook kami untuk mendapat maklumat terkini tentang kursus-kursus kami di:-
https://www.facebook.com/nurhidayahalquransg