Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
23 Apr 2024 - 14 Syawal 1445 Maghrib 19:08 Ishak 20:19
23 Apr 2024 - 14 Syawal 1445 | Subuh 5:40 | Syuruk 6:59 | Zuhur 13:04 | Asar 16:21 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 2676

Bertudung atau Berhijab? 5 Syarat Penting Yang Mesti Dihaga Oleh Pemakai Tudung

[Event has ended]
Sat, 7 June 2014, 5 petang - 6 petang | Malay
Ustazah Nurul Izzah Khamsani

kursus, hijab

Fees: Disubsidi 100% penuh oleh Masjid Kassim

MENGAPA "Bertudung atau Berhijab"?
Perkara yang biasa berlaku apabila seseorang yang ingin mula memakai tudung dan berhijab, tetapi belum tahu bagaimana caranya, adalah untuk mempelajarinya dari kenalan yang telah memakainya atau melihat cara pemakaiannya melalui tutorial di lelaman internet.

Umumnya pembelajaran seperti ini boleh menimbulkan salah faham akan cara pemakaian yang sebenar dan kurangnya penekanan yang diperolehi dari sudut penghayatan bertudung dan berhijab.

Jarang sekali kita mendengar mengenai kursus atau kelas yang khas, yang diadakan untuk membimbing golongan yang ingin memakai tudung dan berhijab dengan cara yang sebenar.

Apabila kekosongan ini belum dipenuhi, maka penghayatan pemakaian tudung dan berhijab kurang difahami. Lebih membimbangkan apabila objektif utama pemakaian tudung dan berhijab telah menjadi satu fesyen dan bukan lagi ibadah. Ia juga telah dikomersialkan sehingga boleh menyebabkan kekeliruan akan cara pemakaian yang sebenar dan batas-batasan yang perlu dijaga dan diperhatikan.

Melihat akan kekosongan ini, langkah yang kami ambil adalah dengan menyediakan kursus khas mempelajari 5 syarat penting yang mesti dijaga oleh pemakai tudung.

Apakah format kursus ini?
Antara keistimewaan kursus ini adalah, pembimbing akan berkongsikan syarat-syarat yang perlu diperhatikan ketika ingin memakai tudung serta disertai dengan gambar-gamabr contoh pemakaian tudung yang sebenar. Kursus ini akan dikendalikan menggunakan komputer dan projektor. Ia adalah khas untuk kaum muslimah sahaja.

Siapa yang harus mengikuti kursus ini?
Setiap kursus yang kami lakarkan dan anjurkan mempunyai tujuan dan menginginkan kebaikan kepada para peserta. Sehubungan dengan itu, kursus ini sangat sesuai diikuti oleh:
1. Golongan remaja dan dewasa wanita yang baru ingin mula memakai tudung dan hijab
2. Mereka yang telah memakai tudung dan berhijab
3. Mereka yang serius dan ingin tahu cara pemakaian tudung dan hijab yang sebenar
4. Mereka yang ingin tahu batasan berfesyen di dalam bertudung dan berhijab
5. Penggerak fesyen muslimah
6. Peniaga tudung dan hijab
7. Model-model tudung dan hijab
8. Mereka yang ingin memahami keindahan bertudung dan berhijab.

Adakah kursus ini mempunyai ruang untuk soal jawab?
Ya kursus ini memberi ruang untuk para peserta bersoal jawab.

Details

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk sertai kursus ini?
Kami di Masjid Kassim sangat komited untuk mengalakkan wanita Islam untuk bertudung dan berhijab serta memelihara aurat dan batasan bertudung. Sehubungan dengan itu pihak Masjid Kassim bersedia untuk memberikan subsidi penuh untuk menjalankan kursus ini. Peserta hanya perlu membuat pendaftaran secara percuma dan boleh berinfaq ikhlas melalui tabung yang disediakan.

Cara pendaftaran:
- kaunter pejabat masjid
- hubungi masjid 6440 9434
- Smskan nama anda ke talian 8535 3214.

Mohon disebarkan juga kepada kenalan awak yang mungkin memerlukan program ini.
Nabi s.a.w ada kata:"Sesiapa menunjukkan kepada kebaikan, dia mendapat pahala seperti orang yan mengerjakannya".

Location

Wisma Indah

450 Changi Road, Singapore 419877

Speakers

Ustazah Nurul Izzah Khamsani

Comments



Our platforms