Kursus kefahaman (asas) Pengurusan Jenazah (2 hari)




Fees: $60.00
Kursus fardhu kifayah ini dianjurkan berkali-kali oleh pembimbing bertujuan untuk menyedarkan masyarakat Islam Singapura tentang bagaimana, mengapa dan apa yang harus dibuat ketika berlakunya kematian di kalangan keluarga atau sebagainya. Kursus akan dibimbing dengan kaedah power-point beserta nota dan juga praktikal(amali)untuk mandi, kafan dan solat jenazah. Tidak dilupakan juga praktikal penyampaian ucapan dan talqien yang mana teks disediakan untuk yang ingin mencuba.
Pembimbing kursus bersama isteri sudah berpengalaman mengajar di madrasah PERTAPIS, PERGAS, Persatuan-persatuan Islam lain dan di Masjid Hasanah (secara program tahunan).
Peserta kursus juga berpeluang untuk ikut urus jenazah diluar sekiranya berminat.
Details
Sila hubungi Sdra. Md. Amir di talian 97624321 untuk keterangan lanjut.
Yuran kursus hanya $60.00 termasuk nota,jamuan malam dan sijil pernyertaan.
Peserta yang berminat harus hubungi Sdra. Amir dan membayar yuran penuh melalui I-Banking/ATM transfer (DBS Savings Plus 020-2-081866)atau tunai sebagai tanda pengesahan penyertaan. Resit akan di berikan sebagai bukti. Tempat terhad pada 24 peserta sahaja, sekiranya lebih maka kursus seterusnya akan di adakan lagi pada minggu-minggu berikutnya.PENDAFTARAN MELALUI SMS ATAU WHATSAPP.
Location:
Blk. 135, #04-337 (SimplyIslam@ Sucess Master centre), Jurong East berhampiran MRT Jurong East bersebelahan J-Cube