Forum Ilmiah "Fitnah Akhir Zaman Menurut Al-Quran dan Al-Hadis"


Abu Hurairah merekodkan daripada Nabi sallahu alaihi wasalam(s.a.w): Masa terasa pendek, amal soleh berkurangan, kebakhilan bermaharajalela, fitnah (maksiat) berleluasa, dan banyaknya kekecohan. Para sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah! Apakah kekecohan tersebut? Nabi s.a.w menjawab: “Pembunuhan-pembunuhan”.
(HR Bukhari dalam Kitab Fitan dalam bab ‘Zuhur Al-Fitan' dan HR Muslim dalam Kitab Al-‘Ilm)
Tidak dapat dinafikan lagi, kita sedang berada dalam zaman yang penuh dengan kekecohan, kemaksiatan dan cubaan. Zaman di mana masa semakin pendek dan Qiamat semakin hampir. Dalam menghadapi kedahsyatan ini, apa yang patut dilakukan oleh umat Islam? Apa yang patut dipersiapkan untuk berjaya menempuhi cubaan ini? Apa yang telah diajarkan oleh Al-Quran dan Al-Hadis mengenai perkara ini? InsyaAllah persoalan ini akan dibincangakn dalam forum "Fitnah Akhir Zaman Menurut Al-Quran & Al-Hadis".
Hadirlah bersama ahli keluarga dan sahabat handai untuk meraih manfaat ilmu dan mengeratkan tali silaturrahim.
Semoga Allah s.w.t menyelamatkan kita semua dari segala macam fitnah. Amin!
Location
Muhammadiyah Association
14 Jalan Selamat, Singapore 418534
Organisers

Muhammadiyah is a non-profit Islamic Organization that practice the teaching of Islam based on the H...