Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 Syuruk 6:58 Zuhur 13:04
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 14502

Konvensyen Muslimah Kontemporari ( Hanya Untuk Muslimah Sahaja )

[Event has ended]
Sat, 19 January 2013, 8.30 pagi - 5.30 petang | Malay
Kallang Theatre
Ustazah Halimah Alaydrus , Ustazah Nazeerah Shaik Alwie, Wardina Safiyyah, Ustazah Nurul Izzah Khamsani, Ustaz Izhar Ariff, Dr Syarifah Hayaati Syed Ismail , Ustazah Raihana Halid

konvensyen muslimah kontemporari, seminar, conventions

Fees: $75. Harga Promosi: $50

Menampilkan Konvensyen Muslimah Kontemporari 2013 . Menyentuh isu-isu semasa Muslimah masa kini . Penghuraian dari perspektif Islam.

Assalammualaikum Wr Wb,

Semoga kita semua diberikan hidayahNYA & selalu mendapat rahmatNYA, amin.

Ada berita baik khususnya kepada kaum Muslimah!

Buat pertama kalinya, Masjid Al-Ansar, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah & Syukran International akan menganjurkan Konvensyen Muslimah Kontemporari 2013 yang akan diadakan pada Sabtu 19 Januari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Kallang Theatre!

Ia merupakan perkongsian isu-isu semasa berhubung Muslimah kini yang akan dibentangkan oleh Asatizah gabungan dari 3 buah Negara!

Pastinya kita semua akan meraih banyak manfaat dari perkongsian-perkongsian mereka.

MENGAPA UNTUK MUSLIMAH SAHAJA?
- Kerana isu-isu semasa yang akan dikongsikan khusus untuk Muslimah sahaja
- Kaum Muslimin/Adam usah bersedih. Sponsor tiketlah untuk para Muslimah. InsyaAllah ada baraqahnya!

APAKAH ISU-ISU YANG AKAN DIKONGSIKAN?
Antaranya ialah:
- Perkembangan Fiqh Muslimah mengikut pertukaran zaman & keadaan
- Isu-isu kekeluargaan masa kini yang membabitkan kaum Ibu/Muslimah di rumah
- Isu fesyen, hiasan & kecantikan wanita
- Gaya hidup Muslimah masa kini

MENGAPA DI KALLANG THEATRE?
Kami memilih Kallang Theatre kerana:
- Tempat yang best, selesa & luas!
- Mudah untuk dikunjungi (sebelah dengan MRT Stadium)
- Banyak tempat makanan.
- Tempat sembahyang pun disediakan
- Cuba suasana baru
- Alhamdulillah harga tawaran yang baik!
- Kebetulan malamnya ada konsert Qasidah kumpulan tempatan Madihul Musafa (tiket berlainan ye)

MENGAPA SAYA PERLU IKUT SERTA?
Soalan yang bijak dan bernas! Digalakkan untuk kita sertai kerana:
- InsyaAllah kita akan raih ilmu & keberkatan menghadiri majlis ilmu
- ish2…bukan selalu dapat hadir majlis ilmu gabungan 3 Negara!..Asatizah pakar lagi..
- Kertas pembentangan Asatizah akan anda miliki…betulnya good offer ni
- Sambil kita menimba ilmu, kita juga bantu dana pembangunan Masjid Al-Ansar & Ar-Rabitah!..Allah! 3X
- Kerana hari Sabtu!..tak kerja & jarang jemputan orang kahwin.

Jom apa lagi tunggu? Kita block 19 Januari nanti, kita ketepikan sedikit investment akhirat untuk sama-sama
Sertai Konvensyen ini. Untuk butiran lanjut, sila lihat poster kami.

Terima kasih kepada MUIS dan Ihsan Production kerana menyokong Konvensyen ini. Begitu juga Masjid-Masjid, syarikat-syarikat, penaja & individu yang membantu. Semoga usaha ini mendapat redha Allah dan dipermudahkan segala urusan.Amin.

Team KMK

Details

Konvensyen Muslimah Kontemporari (Hanya Untuk Muslimah Sahaja)

Tempat: Kallang Theatre ( Bersebelahan dengan MRT Stadium)
Tarikh: 19 Januari 2013
Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang

Tiket boleh didapati di:

Pejabat Masjid Al Ansar
Pejabat Masjid Jamiya Ar Rabitah.

Islamicevents.sg dirasmi sebagai media online rasmi untuk acara ini. Tiket juga boleh didapatkan secara online. Sila tekan link dibawah untuk membuat pendaftaran.

Location

Kallang Theatre

1 Stadium Walk, Singapore 397688

Speakers

Wardina Safiyyah, Ustazah Nurul Izzah Khamsani, Ustaz Izhar Ariff, Dr Syarifah Hayaati Syed Ismail , Ustazah Raihana Halid
Ustazah Halimah Alaydrus

Ustazah Halimah lectured at Daruzzahra before and is an apprentice to Hababah Nur (principal of Dara...

Ustazah Nazeerah Shaik Alwie

Nazeerah Shaik Alwie is an alumna of Alsagoff Arabic School, where she completed her GCE O Levels a...

Comments



Our platforms