Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
20 Apr 2024 - 11 Syawal 1445 Asar 16:21 Maghrib 19:08
20 Apr 2024 - 11 Syawal 1445 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:59 | Zuhur 13:05 | Asar 16:21 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 3809

Malam Puisi Islam - Roh Alam Semesta

[Event has ended]

Bismillahirrahmannirahim

Bersempena dengan datangnya bulan RabiulAwal tidak lama lagi, iaitu sebuah bulan yang dipenuhi dengan rahmat, sebuah bulan yang padanya telah lahir seorang insan yang teramat mulia lagi begitu amat baik sekali budi pekertinya.

Di bulan inilah telah lahir seorang insan yang bernama Muhammad bin Abdullah, Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w inilah yang telah membawa dan memperjuangkan agama Islam. Rasulullah s.a.w inilah yang telah membawa bersamanya rahmat bukan sahaja kepada umat manusia keseluruhannya bahkan Rasulullah s.a.w inilah yang telah membawa rahmat kepada seluruh alam semesta.

Inilah Rasulullah s.a.w, Rasul kita.. Inilah kekasih Allah. Inilah dia Rasul yang akan menyelamatkan ummatnya dari api neraka.

Marilah menghayatinya bersama kami pada hari Sabtu, 4hb February di Auditorium Masjid Sultan bermula jam 8 mlm.

Majlis yang akan diserikan antara lain oleh Ustaz Noor Deros, Kumpulan Qasidah Sahabat Selawat, Al Hafiz, Maman, Syarafiq, Saudara Suratman Markasan, Johar Buang, A Rahman Daud, Gene Sha Rudyn dan ramai lagi.

Tiket bernilai $12 boleh didapatkan di pejabat Masjid Sultan atau di Muzika Records. Tempat amat terhad. Kalau dah pasang tekad, cepat-cepatlah untuk mendapatkannya.

--

Details

Malam Puisi Islam - Roh Alam Semesta

Tarikh: 4 hb Februari 2012

Masa: 8 mlm

Tempat: Auditorium, Masjid Sultan, Annex Building

Tiket: $12.

Anda boleh dapatkan tiket di Pejabat Masjid Sultan atau di Muzika Records.

* Tiket terhad. Dapatkan dalam masa terdekat.

Location

Sultan Mosque, Auditorium

3 Muscat Street, Singapore 198833

Comments



Our platforms