Close
Menu
Member Login Membership Submit Information
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 Syuruk 6:58 Zuhur 13:04
25 Apr 2024 - 16 Syawal 1445 | Subuh 5:39 | Syuruk 6:58 | Zuhur 13:04 | Asar 16:22 | Maghrib 19:08 | Ishak 20:19
Support Our Efforts
Sponsor us to continue building IslamicEvents
Views: 3102

Menghidupkan Sunnah, Bukti Kecintaan, Kunci Kebahagiaan: Sabtu 21 Mei 2011 @ Stadium Yishun

[Event has ended]
Sat, 21 May 2011, 8:00pm | Malay
Yishun Stadium
Ustaz Drs Ahmad Dahri, Ustaz Hafiz Hamidun, Ustazah Siti Nor Bahyah

Assalamuu'alaikum wr wb

Kepada rakan-rakan Darul Makmur

Semoga anda sekeluarga berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan dicucuri rahmat hendaknya.

Dengan sukacita, Masjid Darul Makmur akan menganjurkan sebuah Forum Agama sempena sambutan majlis Maulidur Rasul S.A.W. 1432H. Butiran majlis ini adalah seperti berikut:

Forum Agama Sempena Sambutan Majlis Maulidur Rasul S.A.W. 1432H

Tajuk: Menghidupkan Sunnah, Bukti Kecintaan, Kunci Kebahagiaan

Para Panelis: Drs Ustaz Ahmad Dahri, Ustaz Dato' Nooh Gadut, Ustazah Siti Nor Bahyah
Moderator: Ustaz Hafiz Hamidun
Pengacara Majlis: Zan Sofyan
Tarikh: Sabtu, 21 Mei 2011
Masa: 8:00 mlm
Tempat: Stadium Yishun

Aturcara majlis pada hari itu adalah seperti berikut:

6:00 ptg Bacaan Maulid Kitab Diyaul Lami' dan Zikir Mathurat oleh Belia Masjid Darul Makmur

7:00 mlm Solat Maghrib Berjemaah (digalakkan berwudhu' dari rumah)

7:30 mlm Persembahan Qasidah dan Tazkirah oleh Kumpulan Madeehul Mustafa

8:00 mlm Forum Agama Bermula

10:30 mlm Doa Penutup

Pada malam itu, kami juga akan menyediakan khidmat pengangkutan di Stesen MRT Khatib dari 6:30 ptg hingga 7:45 mlm dan akan berangkat pada setiap 15 minit.

Untuk keterangan lanjut atau membuat tajaan untuk acara ini, sila hubungi kami di talian 6752 1402.

Harap dapat mewar-warkan majlis yang tertera di atas kepada keluarga dan rakan-rakan anda. Semoga dapat berjumpa anda pada hari tersebut. Insya-Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda selama ini.

Semoga Allah swt kurniakan kesihatan, rezeki yang berlipat ganda dan taufik hidayah.

Jazakallahu Khairan Khatiran.

Salam Ukhuwah.

Masjid Darul Makmur
Masjid Tanpa Sempadan

--

Darul Makmur Mosque - mosque without borders
950 Yishun Ave 2 | Singapore 769099
Tel : 6752 1402 | Fax : 6752 2743
Website : www.darulmakmur.org

Location

Yishun Stadium

101 Yishun Avenue 1, Singapore 769130

Organisers

Masjid Darul Makmur (Mosque)

Darul Makmur Mosque was officially launched on 25th July 1987. It aims to build and mould a communit...

Speakers

Ustaz Drs Ahmad Dahri, Ustaz Hafiz Hamidun, Ustazah Siti Nor Bahyah

Comments



Our platforms