Seminar Penggunaan Dinar & Dirham

0
2,081 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.


Article Source: http://cyberita.asia1.com.sg/ekoniaga/seminar-penggunaan-dinar-dan-dirham-sabtu-ini

SATU seminar mengenai penggunaan dinar dan dirham akan berlangsung Sabtu ini bagi menjelaskan lagi isu-isu mengenai penggunaan dinar dan dirham dalam urus niaga sistem ekonomi Islam.

Seminar setengah hari itu dianjurkan oleh anak syarikat penasihat dan latihan dalam kewangan Brunei, SRDC Global, yang mempunyai cawangan di sini.

Tiga penceramah diundang bagi menjayakan seminar tersebut. Mereka ialah pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRDC Global, Haji Abdul Rahman Tahir; pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Ahamad Kameel Mydin Meera; dan Encik Abdul Halim Abdul Karim, sarjana dalam bidang falsafah dan ekonomi Islam.

Dalam ceramah itu Haji Abdul Rahman akan memperkatakan tentang Pentingnya 40 Dinar Emas dan 1,000 Dirham Perak; Encik Abdul Halim pula akan menyentuh tajuk Pentingnya Dinar dan Dirham; sementara Dr Ahamad Kameel pula akan menyentuh tentang Arkitek Kewangan Antarabangsa: Riba dan Emas.

Seminar bermula 3 petang itu akan diadakan di Holiday Inn Atrium Singapore di Outram Road.

Dalam seminar itu, SRDC Global juga melancarkan wang syiling darham perak dalam bentuk jongkong dirham perak yang setiap satu diperbuat daripada 2.975 gram perak 99.9 peratus asli.

Menurut Haji Abdul Rahman, jongkong dirham perak itu dilancarkan di sini kerana terdapat kesedaran yang semakin meningkat dan permintaan daripada pasaran Singapura bagi dinar emas dan dirham perak.

Bayaran $20 seorang dikenakan bagi mereka yang berdaftar dalam talian dan $30 bagi mereka yang datang pada hari seminar.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman http://www.islamicevents.sg/40dinar atau mereka boleh e-melkan pendaftaran mereka di alamat [email protected].

Mereka juga boleh mendaftarkan di pejabat Flitu International, #02-00, Arab Street pada waktu pejabat atau hubungi talian 6396-7732.

Official Launch – World’s First Dirham Bar

8 September 2012, 3pm to 6.25pm
Venue: Holiday Inn Atrium Singapore ( Outram )Details»
Organiser: FLITU International (SRDC)
Speakers: Haji Aman Tahir, Akhi Abdul Halim Abdul Karim

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.