A New Mufti for Singapore

0
2,023 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

A new Mufti, Ustaz Fatris will take over the current Mufti, Syed Isa, 72 tahun who has served as a MUFTI for Singapore for the last 38 years in this .

This was announced yesterday in Berita ( Suria ) and this morning Berita Harian.

Source: Cyberita ( Articles & Image)

Pelantikan dapat sokongan Muis dan dilulus Presiden Nathan

SINGAPURA akan mempunyai mufti baru mulai tahun depan.

Ustaz Mohamed Fatris Bakaram, 40 tahun, akan menyandang jawatan itu mulai 1 Januari ini, menggantikan Mufti Syed Isa Semait – mufti Singapura selama hampir 40 tahun – yang bersara hujung tahun ini.

Menyusuli persaraannya, Syed Isa, 72 tahun, akan berkhidmat sebagai penasihat kepada Pejabat Mufti.

Pelantikan itu diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerusi satu kenyataannya semalam.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, semalam mendedahkan bahawa Muis menyokong pelantikan Ustaz Mohamed Fatris.

Presiden S R Nathan juga telah meluluskan pelantikan itu seperti yang diperlukan di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla).

Ustaz Mohamed Fatris, yang mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang dan kemudian ke Madrasah Aljunied, adalah lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin.

Beliau juga memiliki sarjana dalam pentadbiran dan pengurusan pendidikan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Kedoktoran Falsafah Pengajian Islam (menanti penganugerahan) daripada Universiti Birmingham, United Kingdom.

Beliau memulakan kerjayanya di Madrasah Aljunied sebagai guru dalam 1993 sebelum menyertai Muis pada 1994 sebagai pegawai eksekutif.

‘Saya ingin membawa masyarakat bersama menonjolkan diri kita sebagai sebuah masyarakat yang kukuh pegangan akidah dan pengamalan agama, tapi pada masa yang sama menjadi satu masyarakat yang menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan masyarakat, negara dan malah seluruh umat manusia.

‘Peranan mufti akan datang ialah meletakkan dirinya dan masyarakatnya ke tahap yang lebih tinggi, bukan setakat dalam pengamalan agama, malah membuat sumbangan kepada kehidupan manusia dan dunia,’ ujarnya.

Menurut Dr Yaacob, yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Ustaz Mohamed Fatris sesuai dan berkelayakan mengambil alih jawatan Mufti. Beliau dapat menyambung dan menguatkan lagi sumbangan-sumbangan Syed Isa.

Presiden Muis, Haji Mohd Alami Musa, berkata Ustaz Mohamed Fatris secara bertahap-tahap menyelia lebih banyak tugas Pejabat Mufti sejak dilantik Timbalan Mufti pada April 2004.

Dr Yaacob dan Haji Mohd Alami memberi sanjungan tinggi kepada Syed Isa atas sumbangannya.

Dr Yaacob merakamkan terima kasih kepada Syed Isa atas kepimpinan keagamaan cemerlang beliau kepada masyarakat Muslim Singapura.

Beliau, yang dilantik menjadi Mufti pada 1972, disanjung secara meluas atas kepimpinan berprinsip dan progresif berhubung pelbagai isu selama menjadi mufti.

Syed Isa, lulusan Universiti AlAzhar, dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Emas) tahun lalu.

Beliau pernah melahirkan hasrat mengundurkan diri ketika berusia 65 tahun, tetapi perlu menyambung tugas kerana pengganti yang sesuai belum ditemui.

‘Saya sambung dengan minta bantuan daripada Allah swt, dan saya syukuri khidmat-khidmat saya… jika saya hadapi masalah yang susah ditempuh, saya doa sahaja kepada Allah, dan saya bersyukur kerana boleh dikatakan kesemuanya itu terhurai dengan bantuan Allah swt.

‘Jadi apabila sampai tahun bersara tetapi belum ditemui penggantinya, maka saya tidak dapat izin syarii untuk tinggalkan kerja ini kerana keperluan sehingga ada penggantinya, barulah saya boleh berhenti,’ kata Syed Isa.

Haji Mohd Alami berkata persetujuan Syed Isa untuk menjadi penasihat kepada Pejabat Mufti dan Jawatankuasa Fatwa akan memastikan peralihan jawatan itu berjalan licin.

Menurut beliau, Muis akan mencari waktu sesuai bagi membolehkan para pemimpin masyarakat menunjukkan penghargaan secukupnya kepada Syed Isa atas sumbangan, nasihat dan kepimpinan keagamaan yang beliau curahkan kepada masyarakat sejak 38 tahun lalu.

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.