Post65: Support this cause

0
1,084 views

Extracts from Berita Harian.

KUMPUL DANA: Anggota NUSMS mengunjungi pusat Muhammadiyah untuk berinteraksi dengan warga tua serta membantu menyediakan cendera hati untuk diedarkan kepada para peserta acara jalan beramai-ramai. — Foto KHALID BABA

Mudah cetak
E-mel

25 Feb 2012

SINGAPURA

Mahasiswa NUS pilih bantu pusat Muhammadiyah

Sasar kumpul $100,000 menerusi acara berjalan beramai-ramai awal bulan depan

Oleh
Adli Yashir Kuchit
PEPERIKSAAN bakal menjelang, namun sekumpulan mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) sanggup berkorban membantu golongan kurang bernasib baik.

Para mahasiswa dari Persatuan Muslim NUS (NUSMS) kini sedang bekerjasama dengan Pusat Kesihatan dan Jagaan Harian Muhammadiyah (MHCC) untuk mengumpul dana dan meningkat kesedaran mengenai usaha penjagaan warga tua di negara ini.

Dalam usaha mengumpul dana bagi badan kebajikan tersebut, anggota NUSM akan mengadakan acara berjalan beramai-ramai pada awal bulan depan.

Acara yang dikenali dengan nama Post65: Walk and Wheel-a-thon bermatlamat mengumpulkan $100,000 bagi MHCC, kata pengarah projek itu, Encik Hilmi Anuar.

‘Sebagai permulaan seramai 28 mahasiswa NUS mengunjungi MHCC di Eunos Crescent untuk berinteraksi dengan pengguna pusat tersebut dan mengenal lebih lanjut kegiatan yang diadakan di sini.

‘Kami juga sedang membantu membungkuskan cendera hati untuk diedarkan kepada para peserta acara berjalan beramai-ramai itu,’ kata Encik Hilmi, mahasiswa tahun pertama jurusan kejuruteraan NUS.

Menurut Encik Hilmi, pihaknya memilih untuk membantu MHCC kerana mendapati pusat itu memerlukan dana bagi operasinya.

MHCC menawarkan kegiatan kesihatan dan rawatan pemulihan bagi warga tua.

Buat masa ini pusat itu memberi khidmat kepada 35 pelanggan setiap hari, dengan sebilangan besar warga tua dirujuk ke MHCC untuk menjalani rawatan pemulihan setelah mengalami angin ahmar.

‘Menerusi kajian yang kami jalankan, MHCC mengalami defisit sekitar $100,000, justeru kami berharap dana yang dikumpulkan dapat membantu pusat itu meneruskan usaha menjaga golongan warga tua,’ kata Encik Hilmi ketika ditemui semalam.

Sejauh ini, 180 orang mendaftarkan diri untuk menyertai acara berjalan beramai-ramai itu.

Sementara itu, pengurus MHCC, Cik Ratna Mohameed Said, berharap masyarakat akan tampil menyokong usaha tersebut.

‘Kami mahu meneruskan usaha membantu bagi menggalak gaya hidup aktif di kalangan warga tua,’ kata Cik Ratna.

Acara Post65: Walk and Wheel-a-thon akan berlangsung pada Ahad, 4 Mac, dengan setiap peserta dikenakan bayaran $10.

Menteri Negara (Pembangunan Negara), Encik Tan Chuan-Jin, dijadualkan hadir sebagai tetamu terhormat di acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara tersebut kunjungi http:// www.postsixtyfive.com.

POST65 : Walk and wheel-a-thon 2012

4 March 2012, 0930hrs

Venue: East Coast ParkDetails»
Organisers: NUS Muslim Society (NUSMS), Muhammadiyah Association

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here