Festival Sebagai Penyahut Cabaran

0
2,003 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

Petikan dari Berita Harian Singapura – Ahad 20 Mei 2012
Oleh Hanim Mohd Saleh

Festival sebagai Penyahut Cabaran Menerusi konsert kerhoanian Malam Kebudayaan Islam yang dianjurkan tiga tahu dahulu di Fort Caning, belia mampu menjual lebih 5,000 tiket berharga $20 setiap satu. Tetapi, penonton yang muncul di konsert kerohanian itu jauh lebih kecil daripada jumlah tiket yang terjual kira-kira 2,000 orang
sahaja.

Pengurus acara, Zag Fahmoa dari Zag Production, tidak merasa pelik dengan keadaan itu kerana menyedari, orang ramai mendapakatkan tiket itu atas niat menderma kepada Madrasaha ALjunied AL Islamiah, yang dinamakan sebagai
penganjur.

Menurut Zag beliau yang bekerjasama dengan madrasah tersebut sejak enam tahun lalu untuk pelbagai projek
termasuk menghasilkan CD Selawat bersama kumpulan angklung Madrasah Aljunied, menyalurkan hingga 70 peratus pendapatan dari konsert ke dana madrasah.

“Niat infaq orang ramai untuk madrasah memang sangat baik. Tetapi yang beli tiket turut datang beramai-ramai menikmati sajian hiburan kerohanian , tentu lebih seronok dan artis yang membuat persembahan pun akan lebih bersemangat,”kata Zag, penerbit yang menghasilkan album-album instrumental dan kesenian.

Justeru untuk mencari kelaianan dan memastikan acara kerohanian yang dianjurakan benar benar dinikmati para penyokong, beliau mengubah konsep acara kepada pendekatan ‘festival’ dengan menamakan Rhythm of Islam – The Islamic Arts Festival 2012 Singapore.

Zag mengakui terpanggil menganjurkan festival tersebut sebagai menyahut cabaran penulis yang menerusi ruangan Blog Wartawan ( bertajuk ‘Jangan Syok Sendiri’, BH 18 Februari) menyentuh tentang banjiran konsert rok sejak kebelakangan ini dan mengakhiri rencana itu dengan pertanyaan, “Tak ada ke yang merancang konsert kerohanian selepas Maher Zain mencipta fenomena tahun lalu?”

Kata Zag: “Terus terang, saya rasa tercabar dan bersetuju kita perlu mengisi kekosongan itu. Saya ajak kawan-kawan berbincang. Mereka memberi maklum balas, nama “Malam Kebudayaan” yang digunakan selama ini terlalu kecil. Pendekatan festival lebih besar dan memberi ruang untuk diisi dengan acara-acara lain selain konsert dan nyanyian.”

Planet Spiritual merupakan penganjur acara dan Madrasah Aljunied terus menjadi penerima sebahagian besar hasil penjualan tiket festival ini.

Sebanyak tiga acara berlainan genre akan mengisi festival yang berlangsung pada 16 Jun ini di Auditorium Masjid Sultan.

Ini termasuklah persembahan lagu kerohanian berlatarkan permainan angklung pimpinan Dzul Rabull Jalil, qasidah oleh Maadihul Mustafa dan persembahan kesenian teater dan sastera Islam oleh para asatizah dan sasterawan bertemakan Isra Mikraj.

“Saya sarankan persembahan aknglung dan koir sesuai untuk pelajar. Sementara kumpulan Maadihul Mustafa mempunya pengikut tersendiri. Acara malam pula boleh menarik masyarakat Singapura secaramnya yang mahu menghayati perjalanan Rasulullah s.a.w dalam Israk Mikraj menerusi pelbagai gaya persembahan,” tambah beliau.

Apabila ditanya mengapa beliau hanya mengadakan festival itu dalam tempoh sehari, bukan dua atau sepanjang hujung minggu seperti yang biasa dibuat dalam acara-acara bercorak festival lain, Zag berkata pesta kali ini merupakan “peringkat percubaan untuk menguji sambutan orang ramai.”

Menurut Zag, walaupun auditorium masjid hanya boleh menampun 400 penonton bagi satu acara, kesannya jauh lebih baik daripada taman terbuka, apatah lagi dengan sistem suara akustik yang baik dan tempat duduk yang selesa berhawa dingin.

“Saya yakin, suasana di Auditorium Masjid Sultan lebih sesuai untuk persembahan acara-acara kerohanian dan boleh menarik mereka yang selama ini ragu-ragu untuk datang. Biar nampak sempit tetapi padat, ” kata Zag lagi.

Beliau menyedari ada pihak yang akan bertelagah mengenai konsep hiburan Islam yang dibenarkan, seperti yang berlaku dalam acara-acara hiburan kerohanian yang dianjurkan sebelum ini.

“Kritikan dan orang yang menentang akan sentiasa ada tetapi kami melakukannya atas berdasarkan nasihat-nasihat para asatizah yang ramai terlibat dalam acara yang diaturkan, ” kata Zag lagi.

Rhythm of Islam – The Islamic Art Festival 2012 Singapore

16 June 2012, Please see details

Venue: Sultan Mosque, AuditoriumDetails»
Organiser: Planet Spiritual
Speaker: Various Artists and Musician

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.