Bolehkah Beramal Tanpa Ijazah

0
4,929 views
Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

Oleh: Akrine Singapore

Salam Sejahtera Teman-Teman Semua….

Trmksh bnyk kami ucapkan kpd semua kerana sudi mengongsi pendapat bersama kami tentang topic yang agak relevant ini. Sebelum kami teruskan, mungkin perlu kami jelaskan sedikit kekeliruan disini.. Ijazah yg kami kami maksudkan bukanlah kertas Certificate, Sijil, Syahadah (in Arabic) atau seumpamanya, yang dianugerahkan setelah selesainya sesuatu kursus. Maksud kami disini ialah IJAZAH SANAD untuk sesuatu AMALAN eg Ayat al-Quran, doa serta selawat dan sebagainya.

Alhamdulillah, daripada apa yg dapat disimpulkan, rata2 majority teman2 berpendapat bahwa beramal dengan ayat2 Allah, doa2 dan zikirullah tidak memerlukan ijazah selagi ia dilakukan seikhlas hati sementara pengiktirafan tertulis via sijil kertas, certificate etc amat membantu dalam context beragama dinegara kita ini.

Berikut adalah pandangan daif kami tentang IJAZAH SANAD:
———————————————————————
IJAZAH adalah sesuatu pengiktirafan atau “confirmation” sementara SANAD bermakna bersambungnya sesuatu amalan dari satu guru keguru yang lain sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Perkara ini adalah TUNTUTAN kepada SETIAP MUSLIM kerana ia adalah jalan untuk mempastikan AMALAN yang dipegang adalah SAHIH.

Persolannya ialah – Adakah Ijazah Sanad itu Wajib?
Alhmdlh. Sbgmn ramai teman2 kami diluar sana, pada pandangan kami juga, ijazah daripada seorang Sheikh atau Guru itu bukanlah syarat wajib dalam sesuatu pengajian atau amalan. Sesiapa saja yang mempunyai KEAHLIAN atau KEPAKARAN dalam sesuatu bidang eg Al-Quran, Rawatan etc, maka mereka boleh mengajarnya, insylh. Namun KEAHLIAN atau KEPAKARAN adalah SYARAT UTAMA dalam pengajaran sesuatu bidang itu. Bagi yang menuntut pula, perlu memastikan bahawa Sheikh atau Guru anda adalah seorang yang Mursyid, yang berpandukan kepada rujukkan Al-Quran, Hadith serta kitab2 yg muktabar, selari dengan tuntutan Islam.

Contoh IJAZAH SANAD:
————————–
Ijazah Qiraat – Bacaan guru perlu mengikut tajwid sbmn yg didapati dari jalur susur Imam Al-Syatibi -> Hafs -> Al-Kufi -> Saidina Ali r.a. sehingga kpd Rasulullah s.a.w. dan selari dgn bacaan qari seperti Sheikh Al-Husairi, Misyawi et utk dicontohi murid.

Ijazah Hadith – Telah tercitak banyak kitab2 Hadith yg telah dibukukan eg Sahih Bukhari. Muslim, Nasa’i etc yg dikupaskan oleh Ustaz2 kita dan rasanya tak perlu lagi diijazakan utk mempastikan kesahihan sesuatu hadith itu.

Ijazah Zikrullah – Telah dibukukan didalm kitab Al-Mathurat yg mana zikir2nya dapat kita pastikan kesahihannya melalui2 kitab AlQuran, Hadith2, kitab Al-Adzkar karangan Imam Nawawi yg bermazhab Syafie etc. Boleh saja beramal denganya pagi dan petang tanpa perlu ijazah guru.

Kesimpulannya:
—————–
Pokoknya, pastikan anda mengamalkan sesuatu yang tidak menyimpang dari syiar Islam, belajar dari guru2 yg murshid, yang berpandukan AlQuran, Sunnah dan kitab2 yg muktabar sebagai sandaran utk beramal, insylh.

Yg penting sekali, teruskan menuntut dan mengamalkan ilmu yang HAQ dari sesiapa sahaja yang layak. Dan janganlah hadkan pencarian ilmu hanya kepada guru2 yg tertentu sahaja.. yg memberi ijazah jerr, yang kini merupakan daya penarik utk perbanyakkan murid sedangkan ramai local asatizah kita yg berilmu malangnya kurang mendapat tempat dikalangan kita dimasjid2 kerana apa?… Mcm seorang Hajah ni kata, “Tak best ah Ustaz tu, takde ijazah doa…”. Hehe..!

Allahu a’lam.

Source: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=381627725251983&set=a.257420614339362.61788.100002142751085&type=1&theater

Subscribe to our free newsletters to get Events, Infaq and Mufti live updates.
Invalid email address
We promise not to spam you. You can unsubscribe at any time.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.