Kursus ASAS Mengaji & Pengajaran Dari Kisah-Kisah Quran
asas mengaji, kisah-kisah al-quran
Fees: $150 (12 sesi)
Ingin belajar membaca Quran dari peringkat asas hingga lancar? Ingin menghayati Al-Quran dengan mempelajari kisah-kisah serta pengajaran dan iktibar yang terkandung di dalamnya?
Kelas ini adalah gabungan di antara pengajian asas mengaji Al-Quran (seperti peringkat Iqra) dan pengajaran yang boleh diraih dari kisah-kisah pilihan di dalam Al-Quran.
Setiap sesi akan dibahagikan kepada dua bahagian;
1. Asas mengaji Quran (dari peringkat pengenalan huruf-huruf hijaiyyah)
Buku yang akan digunakan ialah buku AQL hasil terbitan dari Darul Quran Singapura & kerjasama dengan MUIS. Para pelajar akan diajar dari peringkat pengenalan huruf-huruf, sebutan huruf dengan betul, cara penulisan huruf-huruf dalam Quran, makhraj-makhraj huruf, dan lain-lain. Mudah-mudahan ianya sebagai batu loncatan bagi para pelajar supaya dapat membaca Al-Quran dengan fasih.
Kursus ASAS ini mengambil masa 3 bulan (12 sesi). Kebiasaannya dalam jangkamasa sedemikian, sekiranya para pelajar tekun belajar dan bersungguh-sungguh dengan latihan membaca (termasuk di rumah), inshaAllah pelajar boleh sekurang-kurangnya mampu membaca Al-Quran, walaupun dalam keadaan merangkak. Bergantung kepada keupayaan pelajar masing-masing, ada yang mampu membaca Quran dengan lancar selepas jangkamasa tersebut. Namun semua ini bergantung kepada banyak faktor. Lain pelajar lain kebolehannya.
2. Pengajaran serta kisah-kisah Al-Quran yang boleh dipetik dari beberapa surah-surah atau ayat-ayat pilihan.
Pengajaran ini akan menyentuh topic-topik secara umum dari berbagai aspek seperti:
• Sirah nabawiyah
• Kisah-kisah para Nabi, Rasul dan umat-umat terdahulu
• Kisah-kisah di sebalik penurunan ayat
• Akhlak dan adab
• Pembersihan hati
• Fiqh semasa
• Bahasa Arab
• Cara-cara mencapai kebahagian dunia dan akhirat
• Dan lain-lain lagi…
Details
Untuk siapa:
=============
Kelas ini sesuai bagi mereka yang berminat untuk belajar membaca Al-Quran dari peringkat asas, serta ingin mengambil faedah dari pengajaran yang boleh diraih dari Al-Quran supaya boleh meningkatkan lagi penghayatan kita terhadap Al-Quran.
Pengendalian kelas:
====================
Kelas akan dibahagikan kepada dua waktu. Bahagian pertama ialah waktu peringkat asas mengaji. Bahagian kedua ialah pengajaran kisah-kisah dari Al-Quran.
Untuk:
======
Terbuka kepada dewasa sahaja. (Lelaki dan perempuan) – 18 tahun ke atas
Bahasa Perantaraan:
===================
Bahasa Melayu.
TEMPAT KELAS
=============
150 Changi Road, #02-02,
Guthrie Building, S'pore 419973
5 minit berjalan kaki dari MRT Eunos
HARI KELAS
===========
Jumaat
MASA KELAS
===========
8 mlm – 9.45 mlm
YURAN KURSUS
==============
$150 untuk 3 bulan (12 sesi) / $50 x 3 bulan (12 sesi)
+ $20 pendaftaran & buku.
GURU
=====
Ustaz Za'iem Al-Hadi Bin Sallim
Comments